Categories
Keluarga

Gambar Candid Semasa Hari Raya 2018

Hari Raya tahun 2018 kini sudah memasuki minggu kedua. Memang agak jarang sudah saya mengemaskini blog ini bercerita dan berkongsi kisah seharian saya. Saya lebih selesa bermedia sosial sahaja ketika ini. Sesekali saya hanya log masuk ke blog dan mengemaskini sistem blog sahaja.

Raya lepas saya masih berkesempatan untuk balik ke kampung halaman di Sarawak. Perjalanan balik menaiki kereta sendiri walaupun jauh merentas Kepulauan Borneo, ianya satu kepuasan. Kami sekeluarga bukan hanya balik kampung sahaja malahan kami boleh bercuti dengan ‘melencongkan’ perjalanan asal kami untuk singgah sebentar melihat kawasan lain di sepanjang perjalanan tersebut.

Anak-anak teruja balik kampung kerana mereka bebas bermain. Tidak seperti kehidupan biasa mereka yang agak terkongkong dengan jadual sekolah, latihan taekwondo dan rutin harian yang lain.

Kali ini, ingin berkongsi kenangan semasa raya yang lepas. Seperti biasa, kami akan bergambar famili raya sebagai kenang-kenangan. Namun, rancangan yang biasa dibuat pada pagi raya tak selalunya berjalan dengan lancar.

Gambar Raya Kandid 2018

Ada sahaja yang tidak kena bagi anak-anak. Bersiap untuk berpakaian satu hal dan belum lagi solat sunat aidilfitri dan sebagainya.

Saya sempat menangkap gambar kandid semasa masing-masing bersedia untuk bergambar. Saya tidak akan memadam gambar tersebut dari memori kamera kerana ianya momen yang sangat bermakna bagi saya.

Gambar kandid ini boleh dijadikan bahan kenangan untuk masa depan.

Kadang-kadang sesuatu yang di luar perancangan lebih menarik dari yang dirancang.

p/s: cepatnya masa berlalu, anak-anak semakin membesar.

Categories
Keluarga

Gambar Kantoi – Wayne Rooney Minum Laici Kang

ABANG HENSEM – Pagi tadi aku dan isteri mengajak Mikail ke Pekan Tuaran. Selalunya pegi berdua. Tapi hari ni kena ajak Mikail kerana kakaknya demam di rumah. Pasti kakaknya menjadi mangsa usikannya jika dia ditinggalkan di rumah.

Dah jadi kebiasaan, kalau ke Tuaran pasti akan membeli kuih penyaram. Kuih penyaram ni dah kira kuih kegemaran anak-anak aku sekarang. Kalau dibelikan RM2.00, sekelip mata sahaja akan habis.

Kat sebelah gerai menjual kuih, terdapat gerai menjual air. Bermacam-macam air ada dijual. Mikail memilih air Laici Kang. Aku pula berkongsi dengan isteri air cendol.

Gelagat Mikail ‘Wayne Rooney’ Minum Laici Kang.