Apa Pendapat Anda Bila Anak Pakai ‘Bundle’

Salam Hari Sabtu..

Cerah sungguh hari ni. Kejap lagi nak temankan wife beli bahan-bahan buat kek di Kedai Kek Bake With Me, Inanam. Wife aku ni memang rajin belajar buat kek dan memasak sekarang. Syukurlah.. aku jugak yang boroi akhirnya. Wife aku siap buat entri mengatakan aku dah boroi (rujuk sini).

Berbalik kepada tajuk entri, memang tepat jika aku kaitan dengan pepatah

“Like Father, Like Daughter”

Sebenarnya, aku memang suka berkongsi cerita pasal bundle ni dengan wife aku. Wife aku pun dah termakan hasutan aku dengan kelebihan bundle. Dulu, bukan main dia tak suka.. Sekarang ni, lain pulak jadinya.

Amyra, dah makin bijak sekarang.. walaupun belum bersekolah. Cerita  pasal bundle, dia pun berminat. Siap tanya wife aku lagi,

Malam tadi..

Amyra: Mama, hari ni hari apa?
Mama: Hari Jumaat. Kenapa?
Amyra: Esok papa cutikan?
Mama: Kenapa? Amyra nak jalan-jalan?
Amyra: Kita pergi bundle, Ma..
Mama: Ermm.. Pa, memang “Like Father, Like Daughter”
Papa: Yalah tu..

Aku baru lagi dalam dunia bundle/rombengan ni. Baru nak belajar brand, tag, jenis kain, band t-shirt, jenis jahitan dan macam-macam lagi. Nasib baik ada kawan yang memang otai bundle, Ridwan (Owner DallekShop)

Cuma bila anak-anak pun suka bundle, aku jadi serba salah. Tentulah, baju bundle ni memang tak baik dari segi kebersihan. Bila aku ajak beli baju baru, Amyra terutamanya dah pandai komen.. baju bundle lagi cantik  (itu memang tak dapat dinafikan).

Mereka memang suka bershopping bundle dan suka berlari dalam barisan sidaian pakaian bundle (dah jadi tempat bermain pulak…)

Wife aku pulak, jadi ‘filter’ pakaian bundle yang diorang suka. Hanya yang elok dan kalau boleh yang ada tag sahaja dibeli. Aku pula ‘pembayar’ yang setia.

Wife aku lebih bekerja keras untuk membersihkan pakaian bundle anak-anak ni sebelum dipakai. Pakaian yang aku benarkan beli sekadar untuk pakaian bermain dan pakaian di rumah.

Mungkin persepsi korang dan aku mengenai bundle tak sama. Apa yang penting kebersihan dan ‘kepuasan’ adalah utama.

Untung jika tahu bundle… Boleh buat duit!!!