Sokong Minat Kreatif Anak Melukis Secara Goresan (Scratch Paper)

image

Amyra memang suka melukis. Pelbagai jenis lukisan dia lukiskan. Biasa melukis di kertas putih.

Kali ini lukisan dibuat di atas kertas hitam yang perlu digores. Bukannya gores dan menang ya.. 😉

image

“Scratch Paper” satu set sebanyak 4 keping dibeli dengan harga RM2.80. Berbaloi dengan hasil lukisan anak yang menarik.

Posted from Samsung S3

Amyra Minat Melukis

image

Amyra saya lihat sangat suka melukis. Saya pula memang suka dengan karyanya. Setiap lukisan berkisar kawan-kawan sekeliling dan apa yang terlintas di fikirannya.

Isteri saya memang ada sediakan buku conteng dan pensel warna. Saya tidak menghalang minatnya.

image

image

image

Posted from Samsung S3

Lukisan Suasana Di Kampung Dapat Gred A

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni buat ‘spotcheck’ fail kerja anak. Tebal juga dah kertas kerja dalam fail tersebut.

Saya tertarik dengan lukisan yang dilukis Amyra. Saling tak tumpah macam lukisan saya juga masa kecil-kecil dulu. Gambar matahari, gunung adalah satu kewajipan.

Anak-anak sekarang lebih beruntung kerana boleh bermain sambil belajar secara dalam talian (online).

Anak saya suka bermain permainan flash di website yang saya buat untuk mereka. – Flashgames2U

Posted from WordPress for Android