Categories
Blog Permotoran

Pengalaman Servis Kereta Sedut Minyak Hitam Dari Atas

Minggu lepas saya menghantar kereta di bengkel untuk servis biasa. Jadi saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan menukar minyak enjin atau minyak hitam kereta.

Memang menukar minyak hitam kereta adalah suatu yangĀ  biasa, namun cara menukarnya mungkin membuatkan kita terkejut dan menggangap ia luar biasa.

Saya sudah berkereta selama hampir 10 tahun dan ini adalah kali kedua saya menggunakan servis sedutan minyak hitam. Ya, sedutan dari atas melalui lubang ‘deepstick’ enjin kereta.

Sebelum ini saya pernah sekali menggunakan cara sedutan minyak hitam dari atas semasa menukar minyak hitam kereta Proton Waja saya. Agak lama perkara ini berlalu dan minggu lepas saya menggunakan kaedah sedutan juga untuk kenderaan MPV pula.

Pada mulanya, saya tidak berapa setuju menggunakan kaeedah ini kerana ia agak baru bagi saya dan mungkin banyak kesan sampingan yang tidak diketahui. Sebelum kereta ditukar minyak hitam, sempat juga mencari maklumat mengenai kaedah ini di enjin carian Google. Tiada impak negetif dari pembacaan tersebut.

Selain itu, selepas mendengar penerangan dari pihak bengkel ternyata kaedah sedutan minyak hitam dari atas setanding dengan membuang minyak hitam dari bawah (buka nut oil sump) iaitu kaedah konvensional.

Sedut Minyak Hitam Kereta Dari Atas

Sedut Minyak Enjin Kereta

Satu perkara yang menarik mengenai kaedah sedutan ini, kita boleh melihat jumlah minyak yang disedut dari enjin kenderaan. Ternyata jumlah yang disedut hampir sama dengan nilai segelen minyak dari jenisĀ  Liqui Moly Top Tec 4100 5W40 ( 4L ) yang digunakan sebelum ini. Nampak segala kotoran yang disedut keluar dari enjin.

Hampir 10 minit sedutan pertama dibuat, kemudian sedutan kedua pun mengulangi langkah yang pertama tadi. Ternyata, sedutan kedua masih ada sisa minyak yang disedut selepas berhenti seketika selepas sedutan pertama. Selepas proses sedutan minyak selesai, penapis minyak ditukar dan dikunci semula.

Saya menggunakan minyak pelincir dari jenis Liqui Moly Molygen New Generation 5W40 (4L) Fully Synthetic. Selepas hampir seminggu selepas menukar minyak hitam, prestasi kereta amat baik.

Sedut Minyak Enjin Kereta 2

Saya amat berpuas hati dan rakan-rakan boleh mencubanya.