The Borneo Store – Web Jual Beli Produk Tempatan Sabah Sarawak

Promo Drip Coffee Tenom

Laman beli-belah atas talian The Borneo Store (TBS) merupakan projek web yang sudah lama saya rancang. Rasanya sudah hampir 2 tahun  sebelum ianya saya realisasikan secara maya dan nyata.

Berpadanan dengan menggunakan nama Borneo, web jualan ini fokus kepada menjual produk tempatan Sabah dan Sarawak sahaja ketika ini. Belum lagi melebarkan sayap ke negara jiran seperti Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

Saya menawarkan produk yang sudah ada nama dipersada dunia seperti Kopi Tenom (paling laku) ketika ini.

Kopi Tenom & Teh Sabah
Antara Produk Popular Kopi Tenom & Teh Sabah

Di samping itu, saya ada memasarkan produk makanan tradisional seperti jeruk tuhau, ikan beliking bagi negeri Sabah.

Jeruk Tuhau – Pasar Tamu Tamparuli

Untuk produk Sarawak pula, saya masih dalam proses mencari vendor dan pembekal terutamanya ikan terubuk masin, kek lapis, perencah laksa sarawak dan beberapa produk lain yang berpotensi untuk diniagakan.

Jika anda mempunyai produk dan berminat bekerjasama dengan saya, boleh hubungi saya segera melalui WhatsApp .

Kenapa Anda Perlu Menjadi Vendor TBS?

Saya merancang untuk membawa produk tempatan ke peringkat yang lebih tinggi khususnya peringkat dunia.

Saya membantu pengusaha produk tempatan dengan menyenaraikan produk ke laman ‘marketplace’ popular seperti;

Apa perasaan anda, jika ‘produk kampung-kampung’ anda dijual di peringkat antarabangsa. Dunia maya sekarang, semuanya dihujung jari kita.

Anda sediakan produk, saya pula yang uruskan selebihnya.

MAHU atau TIDAK sahaja. Samaada terus BERTINDAK atau masih mahu MENUNGGU?

Siapa Sasaran Pembeli TBS?

Warga Sabah/Sarawak sendiri. Saya terfikir untuk membangunkan web e-dagang ini kerana terdapat permintaan daripada rakyat Sabah/Sarawak yang berada  jauh di Semenanjung Malaysia. Mereka rindukan makanan Sabah/Sarawak namun tiada tempat untuk membeli.

Pelancong yang pernah melancong ke Sabah/Sarawak. Golongan ini antara yang banyak membeli dari web TBS sekarang. Rata-rata ada yang memberitahu lupa membeli, ada beli tapi tak cukup dan pelbagai lagi alasan. Tidak akan untuk membeli barangan tersebut perlu terbang ke Sabah/Sarawak lagi? Jimat kos jika pembelian dari web sahaja.

Dropshipper. Golongan ini baru saya jejak kebelakangan ini. Membeli dalam kuantiti yang banyak dan dijualkan semula. Jika berminat anda boleh jadi dropshipper saya.

Apakah Misi ‘MUSTAHIL’ TBS?

Nama pun MUSTAHIL, memang antara berjaya atau tidak hasilnya. Namun, TBS akan cuba memenuhi permintaan anda.

Saya pernah menerima tempahan buah segar seperti Tarap, Bambangan, Terung Kuning/Terung Asam,  Tuhau dan beberapa lagi yang lain.

Terung Kuning / Terung Asam yang popular di Sarawak – foodspotting.com

Memang MUSTAHIL untuk saya penuhi permintaan tersebut jika bukan musimnya terutama buah-buahan.

Jadi anda perlukan apa-apa? Mana tahu teringin hendak makan Amplang, Kuih Cincin ke, hubungi saya segera melalui WhatsApp ya!!

Nota: Harga berbeza di antara satu-sama lain ‘marketplace’ di atas disebabkan cas perkhidmatan dan cas ‘payment gateway’ yang berbeza.

Pembelian melalui web KLIK SINI

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

6 Comments on “The Borneo Store – Web Jual Beli Produk Tempatan Sabah Sarawak”

  1. alhamdullilah..

    bila dah berjaya nanti..bro akan full time kerana terpaksa terbang sana dan sini untuk sign MOU dan jumpa sendiri vendor

    semoga berjaya bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *