Hujung minggu lepas kami habiskan masa bersama dengan berkampung di Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu. Anak-anak turut menyertai kejohanan taekwondo iaitu 1st MBV Invitational Taekwondo Sabah Championship 2016.
Anak-anak mewakili kelab mereka MBV Tuaran.

Acara yang berlangsung selama tiga hari sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada anak-anak. Amyra, Mikail dan Hannah teruja untuk ‘berlawan’ di gelanggang.
Mikail masih belum mencapai tahap sebenar dan bersedia untuk berlawan. Dia masih terbawa-bawa sikap tidak bersedia dan akhirnya tewas pada peringkat awal. Namun, dia menerima kekalahan tersebut dan berazam akan menyertai lagi kejohanan tersebut pada masa akan datang.
Hannah pula memenangi pingat gangsa dan dia masih di antara peserta yang termuda. Walaupun kecil, namun semangatnya tetap besar.
Amyra pula seperti yang diramal menjuarai kategori Kyorugi Female -Welter. Kemenangan yang bergaya dengan mata 16 berbalas 0.
Amyra dan Hannah amat gembira kerana mendapat pingat kemenangan.

Selepas tamat acara, anak-anak minta belanja KFC. Mereka gembira , saya dan isteri turut gembira. Hujung minggu kami penuh makna kerana dapat diluang masa bersama-sama.

Tanniah bawa balik pingat. 🙂
seronok dorang bila menang
wah sampai bawa balik pingat ya. tahniah
memang dorang target masing-masing bawa pingat
satu aktiviti yang sihat
benar sekali.
Tahniah.. kipidap dan dongibab
Terima kasih
comel je tengok budak-budak pakai baju taekwondo macam tu.
memang betul tu…
aku kecik2 tak pernah habis taekwondo nie.hehe..bila tgk anak2 kecik ni, rase mcm nak p daftar balik.
boleh galakkan anak-anak join taekwondo..