2 Kematian Krismas Ini

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas terutamanya untuk keluarga sebelah isteri.

Krismas tahun ini tak semeriah tahun lepas. Dua kematian terjadi menjelang krismas.

Kematian pertama adalah penduduk rumah panjang di Roban. Ia bermakna tiada istilah kegembiraan kalau mengikut adat Iban (Ngetas Ulit). Sepanjang dua minggu hingga sebulan penduduk rumah panjang akan berkabung. Tiada sebarang bentuk hiburan akan dimainkan.

Kematian kedua pula adalah melibatkan saudara sebelah isteri. Mendiang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Bukit Sebangkoi (laluan maut). Tiada siapa menduga kegembiraan krismas bertukar tragedi.

Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana banyak menerangkan adat-adat atau pantang larang kaum Iban kepada saya.

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “2 Kematian Krismas Ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.