Ada Hikmahnya Tablet Anak-Anak Rosak

image

Anak-anak zaman sekarang, penuh dengan dunia berteknologi tinggi. Belajar ABC pun guna tablet, bermain dengan tablet.. semuanya dengan tablet.

Itulah keadaan sebulan yang lepas. Anak-anak terlalu asyik bermain tablet sambil belajar.

Perubahan besar terjadi apabila tablet anak sulung rosak. Jadi, saya simpan juga 2 tablet lain sekali. Biar semuanya tidak bermain tablet. Jika salah seorang tiada tablet, pasti akan bergaduh berebut bermain pula.

Sejak dari hari itu, saya belikan buku kerja dan anak-anak semakin berminat untuk belajar menulis, melukis dan mewarna. Saya belikan set warna pensel baru bagi memberikan lagi semangat mereka belajar.

Anak-anak sudah mula lupakan tablet. Biarlah dulu, biar mereka dengan buku mereka.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Ada Hikmahnya Tablet Anak-Anak Rosak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.