Assalammualaikum dan salam aidilfitri.
Sudah seminggu kita menerima kunjungan Syawal yang indah. Bermakna seminggu jugalah Ramdhan al-mubarak telah berlalu meninggalkan kita.
Raya tahun ini disulami peristiwa duka kena nenek kesayangan sebelah bapa telah kembali ke Rahmattullah.. Episod duka ini umpama memasuki episod ketiga kerana sebelum ini dua orang datuk juga telah pergi ke alam sana. Persamaannya adalah berlaku dalam bulan raya. Hanya doa dapat dititipkan untuk insan yang telah tiada.
Mungkin sudah lumrah dunia kerana patah tumbuh hilang berganti. Keluarga kami menerima keluarga baru. Kelahiran orang kecil yang kini berada di semenanjung menidakkan hasrat sepupuku untuk balik menziarahi allahyarhamah nenekku.
Aku pula bercadang untuk menambah cuti 2 hari walaupun belum membuat sebarang permohonan. Harap-harap diluluskan.
Sedekahkan al-fatihah untuk nenekku..
Saya rasa agak terkilan kerana sepanjang bulan Ramadhan saya mengalami kesihatan ia adalah ujian yang belum pernah tempohi di bulan Ramadhan yang lepas-lepas tentulah rasa rugi
Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat..
takziah buat ko bro.semoga roh arwah dicucuri rahmat.amin…
al fatihah…
al fatihah dan takziah, mus
hidup dan mati bukan dalam kawalan kita
salam aidilfitri. takziah kepada keluarga