Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Amat mudah mengajar anak menghafal dan menyebut perkataan dengan nyanyian. Dari nyanyian, anak saya mencuba meniru sebutan dalam setiap bait kata-kata lirik lagu yang didengar.
Secara tidak langsung, semakin lama mencuba semakin baik butir perkataan yang disebutnya.
Youtube banyak membantu kerana terdapat pelbagai bentuk video nyanyian mahupun video keagamaan. Cuma saya dan isteri perlu mengawasi setiap video yang ditonton dikhuatiri tidak sesuai dengan pemikiran anak yang masih mentah.
Belajar sambil menyanyi adalah kaedah terbaik untuk anak-anak saya setakat ini.
lagu ni anak2 saya pun suka , comel hihihi tengok anak2 dlm video tu teringat anak2 saya pulak
Ia adalah salah satu cara pembelajaran untuk membantu anak-anak membaiki kosa kata.