Anak-anak memang diutamakan pada raya kali ini. Nampaknya Amyra & Mikail beraya sakan tahun ni. Amyra tak sabar nak memakai tudungnya beraya nanti.
Aku dan isteri sederhana sahaja. Yang penting baju melayu & baju kurung raya kami yang sedondon tu dah siap.
Superhero aku, Mikail semakin ligat untuk belajar meniarap. Nampaknya, usahanya berbaloi. Dia dah pandai meniarap dan rebah-bangun dengan mudah. Baju raya, kasut raya dia aku dah sediakan. Tak sabar nak sedondon dengan Mikail raya nanti.
Malam 13 September lepas, aku celebrate hari jadi wife aku dengan sederhana sahaja. Tanpa kek dan lilin. Kami ke KFC dan makan pun burger sahaja kerana masih kenyang lepas berbuka puasa. Malam tu ambil kesempatan ‘dating’ dengan wife. Suasana tak berapa romantik kami terganggu dengan deruman enjin mosikal kapcai mat semprit rempit. Aku ambik kamera dan try shoot buat light trail. Ok jugaklah hasilnya..
Kereta aku juga beraya berseorangan kali ini kerana akan ditinggalkan selama 2 minggu sepanjang aku cuti beraya di Sarawak. Banyak jugak yang kereta aku ‘minta’ untuk raya kali ini iaitu major service. Selain tu, pagi Ahad lepas aku datang rajin, aku wash & wax kereta aku. Lepas tu kepenatan.. Nasib baik puasa dapat tahan lagi.
Hepi Belated Birthday, sori bro lambat wish kat ko, muka sedih je makan burger tu, Selamat Hari Raya Idulfitri buat Mus dan sekeluarga, maaf zahir batin ya
@ Rjuna – kesilapan menaip.. bukan birthday aku.. tapi wife aku.. sori! Selamat hari raya kembali…
Oh..hapy besday buat wife bro…ehem…comel betul si Amyra pakai tudung purple tu..huhu
comelnya……….huhu.comelnya yang pakai tudung tu
@ wanwma @ teh – tq! Amyra mmg minat tudung tu..
happy family…..:)
@ marina lojingau – mmg happy.. 🙂
selamat hari jadi buat isteri anda.. ;D comel ank perempuan tu.
@ keiroro – tq!
comelnye.. cubit cket.. hee.. 🙂
@ baloot – cubit banyak pon boleh.. 🙂
Jgn amik ati.. Tp aku rasa burger tu x der cheese la.. Aku rasa la.. Wahahhaha.. Selamat mnyambut ari raya bro.. Tempek lah kuih raya dekat blog ni untuk tatapan kami smua.. Miahahha..
@ KertaZ – mmg pon.. resipi burger ni mmg aku tak tau.. tahu beli dan makan jer.. ada/tak cheese tak kisah bro..
menjelang raya, anak2 kecil smue happy je kan.heheh. btw selamat hari raya bro.susun jari mohon maaf skiranya silap type/kata =)
– – – – –
selamat hari raya aidilfitri 1430h
maaf zahir batin. hehe 🙂
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
salam bang. selamat hari raya. nanti balik leklok ehh..
Letih wei kalau basuh kete masa bulan pose..
@catzer – mmg bro.. tapi bukan selalu.. nak save cost
stiap kali menjelang hr lebaran, pasti anak2 yg mnjd keutamaan. mak ayah.. tak kisah. ada hny 1 persalinan shj pun dh memadai..