Hari ini hari Ahad. Seperti kebiasaan cuti hujung minggu aku habiskan dengan keluar makan angin dengan famili di tepi laut, di shopping complex. Tapi hari ini, aku nak habiskan masa hujung minggu dengan famili di rumah sahaja. Dah lebih 24 jam aku tak keluar rumah sejak pukul 6 petang semalam. Semalam dah keluar ke supermarket
Asyik jugak melayan karenah anak-anak. Amyra lain hal, Mikail lain hal.
Mikail dah pandai memegang botol susunya. Sekarang dah suka minum air suam selain susunya. Makan bubur pun dah pandai.
Amyra pulak hari ni asyik tonton cerita kartun di #613. Memang dia yang conquer tv. Aku malas nak mengacau. Bila aku pegang kamera, pasti dia mintak ‘shoot’.
Aku dan isteri sibuk melayan facebook, blog dan emel. Aku lebih banyak membuat blogwalking kat blog kawan-kawan. Isteri pulak, macam biasa melayan ikan di akuariumnya..
Hari ini aku berselera makan masakan isteri aku. Walaupun tak seberapa menunya, namun berjaya membuatkan aku menghabiskan nasi di peruk.. korang tekalah berapa pinggan nasi yang aku makan?
Menunya;
- Sambal belacan berlimau
- Ikan terubuk masak steam (dari Sarawak)
- Ayam goreng tepung
- Sayur bayam
- Telur goreng
Pastinya minggu depan aku akan habiskan masa dengan anak & isteri aku.
ala cutenya anak2 bro….
@matju2509 – biasalah bro.. anak kecil
chantik la templete awak…
pandai awak merekanya…
good job!
@sumijelly – bukan saya yang merekanya sis..
ini dia keluarga bahagia encik mustaffa
@ – amin.. amin.. amin..
mcm best je berkeluarga ni. nak jugaklah…hehe
best memang best. tanggungjawab memang berat.
tapi..
secara overall.. mmg bahagia..ada anak & isteri..
aku jarang keluar hujung minggu. mmg habiskan masa di rmh je. rasa penat sngat 6hr bekerja.. anak2 pn jenis indoor puny bdk. kadang2 tak jejak tanah langsung. hari isnin baru merasa pijak tnh..