Aku & Keluargaku Di Hujung Minggu

DSC 4859

Hari ini hari Ahad. Seperti kebiasaan cuti hujung minggu aku habiskan dengan keluar makan angin dengan famili di tepi laut, di shopping complex. Tapi hari ini, aku nak habiskan masa hujung minggu dengan famili di rumah sahaja. Dah lebih 24 jam aku tak keluar rumah sejak pukul 6 petang semalam. Semalam dah keluar ke supermarket

Asyik jugak melayan karenah anak-anak. Amyra lain hal, Mikail lain hal.

DSC 4848 DSC 4849DSC 4850 DSC 4853

Mikail dah pandai memegang botol susunya. Sekarang dah suka minum air suam selain susunya. Makan bubur pun dah pandai.

DSC 4846 DSC 4847DSC 4857 DSC 4855

Amyra pulak hari ni asyik tonton cerita kartun di #613. Memang dia yang conquer tv. Aku malas nak mengacau. Bila aku pegang kamera, pasti dia mintak ‘shoot’.

Aku dan isteri sibuk melayan facebook, blog dan emel. Aku lebih banyak membuat blogwalking kat blog kawan-kawan. Isteri pulak, macam biasa melayan ikan di akuariumnya..

DSC 4891 DSC 4894

Hari ini aku berselera makan masakan isteri aku. Walaupun tak seberapa menunya, namun berjaya membuatkan aku menghabiskan nasi di peruk.. korang tekalah berapa pinggan nasi yang aku makan?

DSC 4832

Menunya;

  • Sambal belacan berlimau
  • Ikan terubuk masak steam (dari Sarawak)
  • Ayam goreng tepung
  • Sayur bayam
  • Telur goreng

Pastinya minggu depan aku akan habiskan masa dengan anak & isteri aku.

9 Comments on “Aku & Keluargaku Di Hujung Minggu”

    1. best memang best. tanggungjawab memang berat.
      tapi..
      secara overall.. mmg bahagia..ada anak & isteri..

  1. aku jarang keluar hujung minggu. mmg habiskan masa di rmh je. rasa penat sngat 6hr bekerja.. anak2 pn jenis indoor puny bdk. kadang2 tak jejak tanah langsung. hari isnin baru merasa pijak tnh..

Leave a Reply to kakngah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.