Amboi Bang, Besarnya Kotak Air Tu!!

23032011866

Salam rakan blogger.

Petang tadi membawa anak-anak dan isteri membeli belah barang anak-anak di Pekan Tuaran. Cuaca mendung mengiringi perjalanan kami. Nasib baik hari tak hujan. Silap-silap banjir jalan Tuaran Telipok ni.

Anak-anak dibeli susu, lampin.. manakala isteri aku sibuk shopping barang dapur. Isteri aku sekarang ni rajin mencuba resipi baru. Tak kira kuih, lauk, dan lain-lain lagi. Aku lihat ada peningkatan. Makin lama makin sedap!!

Masa nak balik tu, aku belilah air kotak besar. Plan nak minum kat rumah. Tak sempat buat apa-apa Mikail dah minta. Haus katanya.. Jadi, bagi sajalah dia minum. Dia steady jer dan banyak juga di minum. Aku tak kisah sangat kalau dia minum air macam ni dari dia minum yang yang bergas.

Akhirnya, aku juga ‘menyapu’ habis air tu dalam perjalanan balik.

4 Comments on “Amboi Bang, Besarnya Kotak Air Tu!!”

  1. budak-budak kan…mana tahu nak sabar.
    waktu dia minta tu kena bagi la…..
    adik aku dulu, belum bayar dah
    makan & minum dalam pasaraya.
    barkod tu tak terkoyak la.hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.