Sudah menjadi rutin harian Amyra, singgah di Perpustakaan Negeri Cawangan Tuaran selepas habis kelas agama pada sebelah paginya.
Masa yang terluang lebih kurang 2 jam digunakan membaca apa sahaja jenis buku yang ada di perpustakaan.
Menyemai minat membaca anak-anak kena bermula ketika mereka masih kecil lagi.
Mikail dan Hannah juga sudah mula suka ke perpustakaan. Walaupun tidak tahu membaca, sekadar menyelak dan melihat gambar saya kira sudah memadai bagi anak-anak yang baru berumur 3 dan 4 tahun.
Selain itu, kos membeli buku dapat dikurangkan. Cuma perlu beli buku kerja mereka sahaja.
Selain itu, anak-anak perlu dibiasakan dengan suasana sunyi perpustakaan. Kunjungan kali pertama memang sukar memahamkan mereka. Setelah beberapa kali ke sana, mereka mula faham.
Cara menjaga buku perlu dititikberatkan. Perlu juga diajar supaya mereka tahu bezakan buku kerja dan buku dipinjam. Bagi menjaga buku yang dipinjam, elakkan anak-anak memegang pensel atau pen. Berkemungkinan besar buku akan diconteng.
Buku yang dipinjam harus dipulangkan bila sampai waktunya. Jika tidak, kita akan didenda.
Posted from Samsung S3
Perlu menanam minat membaca dari usia muda.
Betul tu, kena dijadikan sebagai amalan.