Sesi persekolahan untuk tahun 2016 bakal berakhir beberapa minggu lagi. Ini bermakna bermulalah episod baru sesi persekolahan bagi tahun 2017 untuk 2 bulan akan datang.
Seperti pada kebiasaannya, setiap penghujung semester kedua pihak sekolah akan memaklumkan para ibubapa dan penjaga yuran yang akan dibayar untuk sesi persekolahan tahun seterusnya.
Tahun 2017, tiga orang anak saya akan bersekolah di sekolah rendah. Menurut jumlah yuran yang perlu dibayar, secara puratanya hampir RM200 seorang. Mujurlah anak-anak bersekolah di sekolah kebangsaan. Kosnya masih mampu dibayar.
Hannah akan mendaftar darjah 1 untuk tahun hadapan dan yurannya sedikit mahal berbanding Mikail (tahun 2) dan kakaknya Amyra (tahun 5) kerana ada pertambahan bayaran bagi ‘KAD 001R’ dan ‘Fail Maklumat Murid’ yang khususnya untuk pendaftaran murid darjah 1 sahaja.
Bagi pelajar darjah 4-6, perlu membeli Buku Nilam dan Buku Kokum.
Anak-anak ceria dapat baju sekolah baru dan beg baru untuk mula sekolah. 🙂
Semuanya kena baru.. baru bersemangat nak sekolah. Bila dah besar sikit kena ajar dorang utk berjimat cermat.. barang sekolah tahun lepas mana yg boleh guna.. tak perlu ganti baru
saya dah mula menabung sejak bulan 10 untuk persediaan persekolahan. sama je cam tahun depan sorang SK dan sorang tadika. mudah2an dipermudahkan
Perlu persediaan awal.. semoga dipermudahkan semuanya
saya pun anak tiga bro….
memang terasa juga bila hujung tahun begini…
anak-anak nak tukar baju baru..yang lama dan rosak dan pudar..setahun pakai kan..
semua ibubapa alami benda yang sama ketika anak anak nak memulakan persekolahan
Perancangan awal dalam menyimpan bajet belanja anak-anak..
Tahun depan anak tadika dan sek darjah 1. Darjah 1 tak dapat lagi jumlah yuran.
Adik pula tadika swasta, yuran naik, katanya kerana perlu ikut gaji minimum yang kerajaan tetapkan
Semakin lama, yuran semakin naik. Kita perlu bersedia dari sekarang.
bolehla planning untuk perbelanjaan anak-anak masa buka sekolah nnt. TQ
Huh, anak sy masih 2 tahun tapi tak lama lagi akan ada persekolahan..kos pun mungkin akan meningkat
Time hujung tahun ni lah mula shopping peralatan sekolah anak2 hehe..tq sharing
Beebelanja awal cuti sekolah.. tak perlu berebut berbelanja last minutes
Belanja hangus utk seorg anak (pakaian lengkap [sek keb + sek ren agama] + stationary + yuran [sek keb + sek ren agama]) = RM 1K
3 org kalu?? RM 3K
Kena start saving RM 250 per bulan utk persiapan sek..
Lg cantik, RM 300 (termasuk persiapan hari raya)
Betul tuan.. kena simpan duit utk mereka. Pendidikan anak² perlu diutamakan. Kena konsisten buat simpanan pelajaran mereka