Apabila Anak Dah Ketagih Kartun

BOBOI BOY –  Siri animasi yang menjadi fenomena masa kini sedang menjangkiti anak aku-anak juga. Selain siri animasi Boboi Boy ni, Upin & Ipin turut menjadi tontonan mereka untuk kali yang ke berapa ntah.. aku pun tak tahu. Mereka ni cukup peka dengan masa siaran siri animasi ni.. siap tanya lagi aku dan isteri..

  • “hari ni hari apa?”
  • “sekarang pukul berapa?”

Kira ok juga, sambil menonton tu, ada juga benda baru yang dipelajarinya. Mikail sekarang sering meniru dialog dan secara tak langsung dia belajar becakap dengan lebih lancar.

Hannah pula hanya tahu ketawa sahaja bila abang dan kakaknya ketawa. Nampak gigi susu Hannah yang comel tu.

Apa yang lucunya, Amyra tak pandai sebut nama Gopal.. asyik tersebut nama Kupal saja… hihihi. Dia sekarang dah tahu semua channel kartun yang dia minat. Remote Astro tu memang dia yang punya!!

Sumber: http://www.animonsta.com

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

8 Comments on “Apabila Anak Dah Ketagih Kartun”

  1. aku dr kecik sampai skang mmg minat kartun..heheheh..kalau astro aku layan disney channel dengan animax 🙂

  2. hahahaha… remote control dia punya tu tak tahan..

    anak2 maza pun hampir serupa, tapi skrg sudah kurang, terutama bila balik sekolah dan keletihan..

    kalau dulu selalu berebut dengan mereka utk tonton tv, skrg bapanya lak tak minat tonton tv.. nulis blog dan berangan aje kerjanya.. hahahhaa

  3. jangan terlalu bagi anak2 tengok tv selalu sangat.
    sebab tgk tv selalu tak bagus untuk mata kanak2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.