Asam Pedas Ikan Putih Terung Iban

image

Agak lama tidak mengemaskini blog ini.

Hari ini merupakan pengalaman pertama menghadiri Mesyuarat Agung Kali Ke 4 sekolah anak di Tuaran. Beginilah kehidupan bila bergelar ibu dan bapa.

Selesai mesyuarat, saya isteri bergegas pulang ke rumah kerana hujan turun dengan lebat.


Isteri pula tidak berapa sihat hari ini. Jadi, saya akan mengganti isteri memasak.

Saya dah merancang sejak semalam untuk memasak asam pedas.

Memandangkan semuanya perlu cepat, saya menggunakan perencah asam pedas adabi. Cuma resipinya ada tokok tambah dengan sayur ‘terung iban’ yang bersaiz mini.

Terung Iban sebenarnya popular di Sarawak dan saiznya lebih besar sebesar genggaman tangan. Kebetulan semalam singgah di gerai puding kelapa di Jalan Giling ke Tuaran, bila terpandang terung iban ni, isteri terus membeli.

Kakak yang menjual puding kelapa itu, tidak menjual dan cuma memberikan sahaja kepada kami. Cukuplah untuk mengurangkan rasa rindukan makanan Sarawak.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.