Semasa di Pasar Tamu Pekan Tuaran tadi, anak-anak hairan dan bertanya kenapa ayam berbulu hitam dan bukan putih macam dalam cerita kartun di TV.
Paling sadis anak yang paling bongsu Nufail memanggil ayam tu itik.
Anak-anak perlu diajar mengenal haiwan. Dengan adanya buku-buku dan paling terbaru Flash Card 4D, masalah mengenal haiwan ini dapat dikurangkan.
Anak-anak paling mudah mengenal ayam jika berkunjung ke KFC, kalau ada KFC adalah Ayam. KFC dan ayam sudah sinonim dengan anak-anak.
Ingatkan posting ni akan menjawab tajuk post…Hahaha….gelagat budak2 mmg lucu. Anak2 kami kalau nampak ayam mmg seronok betul, mcm jumpa pet lain, mau pegang & belai – x sedar yg diri tu sdh makan entah brp puluh (atau ratus) kilo ayam. 😀