Misi DIY malam ini berhasil apabila berjaya membaikpulih pemetik api dapur gas di rumah.
Memang berbahaya apabila pemetik api dapur rosak dan anak-anak dengan mudah memusing pemetik api dapur tersebut.
Apabila diperiksa, saya dapati kekotak spring dan batu apinya terbuka. Nasib baik skru masih ada di situ.
Membaikinya kita perlu berhati-hati kerana spring tersebut mudah tercabut dan terpelanting. Ia boleh hilang dengan mudah disamping boleh mendatangkan kecederaan terutamanya pada mata.
Selepas ini, misi membaikpulih pemanas air / water dispenser pula. Motor pamnya rosak akibat masalah bekalan elektrik yang seringkali terputus sebelum bulan puasa lepas.
Posted from Samsung S3
Biasanya ramai yang kurang memberi perhatian membersihkan kerak tersumbat didalam penunu dapur gas ini.
Org pandai godek2 ni bleh jimat byk…setakat tukar beberapa komponen boleh menyelamatkan duit daripada beli barang yg baru.