Balik Ke Kampung Bakong, Sri Aman.

Salam Jumat semua..

Semalam berkesempatan balik ke kampung halaman di Sri Aman. Kami bergerak selepas solat Subuh dan mengambil masa 3 jam perjalanan untuk tiba di Bandar Sri Aman.

Selepas berehat sebentar dan mengisi minyak, perjalanan diteruskan ke Kampung Bakong. Jalan ke sana masih dalam pembinaan. Pergerakan diperlahankan kerana jalan berlubang. Debu pula memang tebal.

Sudah lebih 10 tahun tak balik kampung halaman. Pada masa sekarang beberapa projek pembangunan dilakukan sana.

Kementerian aku KKLW juga dalam proses pembinaan projek Bekalan.Air Luar Bandar (BALB). Memang agak sukar pada saat ini kerana terpaksa bergantung harap pada air telaga dan air hujan. Harap projek BALB tersebut lancar dan orang kampung dapat mengecapi kenikmatan yang sepatutnya sudah lama dirasai.

Bila balik kampung..

Terimbas kembali kenangan dulu-dulu.

Teman sekampung semuanya dah besar-besar belaka. Ada yang dah kahwin dan ada juga yang masih bujang ‘trang tang-tang’.

Mungkin ini raya terakhir rumah kami sana berdiri ‘senget’ kerana bakal dirobohkan tidak lama lagi. Maka habiskan segala kenangan di sana. Kami telah berhijrah ke Asajaya.

Walaupun hanya beberapa jam di sana, namun dapat juga berjumpa dengan sanak-saudara di sana. Bila dah bersua muka, pasti mereka tak percaya aku dah besar. Bayangkan dulu berpindah dari sana ketika aku darjah satu.

Insyaallah tahun depan aku nak ke sana lagi.

Perjalanan sejauh 442km dihalang beberapa kemalangan jalan raya dan kami sampai di rumah pada jam 10.00 malam.

6 Comments on “Balik Ke Kampung Bakong, Sri Aman.”

  1. Berbeza di Semenanjung banyak masa dihabiskan dengan kesesakkan kerana kebanjiran kenderaan yang semakin meningkat setiap tahun.

    Kalau di Sarawak dan Sabah mempunyai jarak yang jauh antara satu daerah ke satu daerah. Kalau sekali balik kena ambil cuti panjang kerana banyak masa didalam perjalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.