Teknik Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar

Tulisan Amyra

Hujung minggu ini memenuhi kehendak anak-anak untuk membeli buku dan alat tulis. Walaupun anak-anak belum sekolah, semangat hendak belajar mereka memang disokong.

Berkat usaha Amyra nak belajar, walaupun belum sekolah dia dah pandai ABC, 123,  Alif Ba Ta. Mikail turut berminat sama untuk belajar. Pada peringkat ini Mikail baru belajar memegang pensel dengan betul. Hannah pula kena diawasi kerana pensel dan pemadam amat berbahaya untuk anak-anak kecil. Risiko tercekik pemadam dan tercucuk pensel adalah tinggi. Kenalah diawasi sepanjang mereka Belajar Untuk Belajar.

Bagi aku, menggalakkan anak-anak untuk cintakan buku adalah wajib dibuat. Tak payah berkira sangat kalau nak beli buku. Beli buku pula biarlah bersesuaian dengan kemahiran anak-anak sekarang.

Bagi anak-anak zaman siber, mungkin belajar mewarna secara online adalah satu cara baru untuk belajar. Anak-anak ni kena belajar sambil bermain. Kalau belajar sahaja, pasti bosan juga mereka.

 
FlashGames2u.net

 

p/s: WordPress pun boleh ditransform menjadi Portal Game Flash

28 Comments on “Teknik Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar”

  1. Minat cintakan ilmu memang perlu dipupuk sejak kecil lagi..

    Memang tak perlu berkira sangat apabila perlu berbelanja lebih untuk membeli alatulis..

  2. bukan budak kecik je yang suka main game flash kat atas ni, orang besar pun suka main jugak termasuklah saya… :p

    dari tadi duk main warna2… 😉

  3. Dekat rumah saya ada menyediakan A4 paper dan pensil yang saya kutip setiap kali hadir mesyuarat di hotel.

    Desktop rumah saya pasang Edubuntu untuk anak berlajar

  4. wah maza pun sama..

    org tua maza pernah menegur maza kerana banyaknya membeli buku walhal anak baru belajar berjalan.. dan kebanyakan permainan mereka lebih advance daripada usianya… heheheh

    semuanya mudah2an agar si anak cintakan ilmu dan menjadi insan yg soleh gitew… huhuhu…

  5. Pingback: 5 blog paling kerap dilawati 2011 |denaihati | Blog wrizuan[dot]net
  6. best utk di cuba heee…takat ni kasi pegang pensil dulu dah 4 tahu bru blh guna pc heee tu kena setiasa d awasi

  7. setuju dengan perenggan akhir tu. anak saya pun suka sangat kalau guna pc or ipad. Barulah minat nak belajar iqra, abc, 123. Kalau guna kaedah lama (white board) cepat sangat dia bosan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.