Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Cuma sehari sahaja dapat meluangkan masa untuk berlibur dengan anak-anak dan isteri pada minggu ini. Semalam bertugas menjadi pemandu kepada Dato’ KSU sempena majlis bayaran kepada bekas kakitangan KEMAS.
Hari ini cuma bawa famili ke tepi pantai dan pergi makan-makan sahaja. Anak-anak memang suka bermain tepi pantai.
Kring.. Kring.. Kring.. Kring..
Bunyi loceng memecah perbualan kami sekeluarga. Mikail ‘Ben10’ minta beli aiskrim. Teringat masa kecil dulu-dulu. Pakcik jual aiskrim lalu depan rumah pasti akan ditunggu-tunggu hampir setiap hari.
Posted from WordPress for Android
Ais krim menjadi kegilaan kanak-kanan. Nasib baiklah anak saya tidak membentak-bentak mahukan ais krim setiap kali penjual ais krim lalu didepan rumah.
gambar tu..Ben 10 tengah berfikir macam mana nak bertukar menjadi super power supaya pakcik jual aiskrim tu terkejut.haha…