Jika dinilai oleh mata biasa, nilai sekeping gambar adalah amat subjektif.
Adakalanya, seribu keping gambar yang dirakam tidak dapat melawan mahupun menyamai nilai tinggi cuma sekeping gambar.
Mengapa nilai sekeping gambar lebih tinggi dari seribu gambar?
Pada pendapat saya, ada beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti komposisi gambar, siapa jurugambarnya dan momen/masa gambar.
Pada entri ini saya lebih suka untuk merungkai nilai gambar yang dipengaruhi oleh momen. Sering kali kita mendengar ‘golden moment’ kerana momen itu tidak akan berulang lagi seperti hari perkahwinan kita. Cuma sekali seumur hidup. Mana mungkin untuk diulangi untuk kali keduanya.
Tidak seperti sambutan hari jadi, yang boleh disambut setiap tahun.
Baru-baru ini saya terakam gambar anak dan rakan-rakannya semasa kami berkhemah di Sabandar Beach Camping & Water Sport Site, Tuaran.
Gambar dirakam tanpa sengaja dan saya muatnaik di laman Instagram dan Facebook saya. Bila saya lihat semula, baru saya terfikir akan momen tersebut.
Berapakah nilai atau harga gambar tersebut pada 20 tahun akan datang?
Saya sendiri tidak dapat menjawabnya.
Saya sendiri suka melihat kembali gambar-gambar semasa saya masih di alam bayi, kanak-kanak dan remaja.
Sebahagian gambar masih elok dan sebahagian kecilnya sudah ada yang rosak. Mungkin disebabkan cara menyimpan gambar yang silap. Sayang sekali, tiada salinan gambar tersebut.
Bertuah anak-anak sekarang, segala memori mereka disimpan di alam maya dan boleh dilihat pada bila-bila masa sahaja.
Momen yang dirakam tidak dapat diulang semula.
momen yang amat berharga.. sekali seumur hidup
Sehingga hari ini, masih tercari-cari gambar kanak-kanak aku yang hilang lepas berpindah rumah..momen tu mmg tak boleh diulang, cuma boleh dikenang jak
momen yang amat berharga.. jika tiada dalam simpanan, memang akan menjadi simpanan dalam memori sahaja
gambar saya masa kecik2 memang takda.. dulu teknologi belum canggih macam sekarang…
saya nasib baik ada sekeping dua yang masih ada..
memang tak boleh dah nak dinilai..
baik simpan baik-baik
mahal tu nanti..kalau print kat kedai gambar lagi mahal
Rugilah siapa yang tak suka bergambar… nnti di masa depan dia pasti menyesal…
benar sekali..