Selepas 3 minggu berehat dari latihan Taekwondo, malam tadi saya mengikuti latihan semula. Mungkin kerana stamina yang tidak kuat dan kaki masih sakit kerana cedera jatuh motor. Saya teruskan latihan walaupun rasa sangat penat.
Dari pandangan mata, langit yang mendung kelihatan seperti berbintang. Saya cuba kembali stabilkan keadaan dengan menarik dan menghembus nafas. Ianya sedikit sebanyak memberi kesan positif.
Pada usia yang semakin meningkat, memang cepat sangat penat.
Sepanjang berehat di rumah, saya cuma melakukan ‘plank’, ‘skipping exercise’ dan ‘crunch exercise’ sahaja.
Insyallah, bulan Ogos nanti saya berhajat untuk turut serta dalam pertandingan Taekwondo Terbuka Sabah.
Tidak boleh sebarangan dengan bro. 🙂
biasa jer ni bro.. bukan ada apa-apa pon.. hihihi