Bersabar Melayan Kerenah Anak-Anak

image

Siang tadi, kami anak-beranak ke panggung wayang untuk menonton filem animasi Planes. Sepatutnya minggu lepas cadangan membawa mereka menonton wayang, namun ada beberapa perkara menidakkan hasrat kami itu.

Adik Nufail tinggal bersama nenek di rumah. Dia tak berapa sihat.

Agak penat melayan karenah anak-anak hari ini. Setiap seorang ada saja perangainya. Namun, saya bersyukur kerana itulah cara kesabaran kita sebagai ibubapa diuji.

Kami sampai awal di 1Borneo Hypermall. Sementara itu, kami menyaksikan ujibakat Ceria Popstar Musim kedua yang berlangsung pada hari yang sama.

Sejam sebelum masuk panggung, kami menjamu selera di The Chicken Rice Shop. Anak-anak jelas kelaparan. Seronok melihat anak-anak makan dengan berselera.

Selepas menonton wayang, kami terus pulang ke rumah.

Nufail kurang sihat sejak kena suntikan enam bulan beberapa hari lepas. Jika dia sihat, nak bawa dia beriadah di tepi pantai minggu  depan bersama abang dan kakaknya sekali.

Syukur padamu Ya Allah.. Adanya anak-anak, ia menyempurnakan hidup kami..

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Bersabar Melayan Kerenah Anak-Anak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.