Entri kali ini lebih fokus kepada wanita hamil. Yang bakal hamil dan tak akan hamil dialu-alukan membacanya..
Dua minggu lepas aku habiskan setiap hari Sabtu dengan menemani isteri di Hospital Likas atau nama barunya Hospital Kanak-Kanak dan Wanita (Nama baru sejak Ogos 2009). Sabtu pertama, menemani isteri melakukan senaman Antenatal dan Sabtu yang satu lagi mengikuti kelas/ceramah untuk program ‘Father Friendly’ dan rawatan selepas bersalin (post-natal)..
Father Friendly ni lebih kepada persediaan untuk bersama isteri di dewan bersalin nanti.. Aku berniat nak sambut sendiri kelahiran anak aku yang ke-3 ni.. Tapi, mampukah aku yang takut dengan darah ni? Aku akan kuatkan semangat untuk menemani isteriku nanti.Walaupun anak dah nak masuk yang ke-3, namun ada lagi perkara yang belum dipelajari.Banyak lagi yang aku dapat semasa berada di hospital.
Oklah, kali ini nak berkongsi seperti tajuk entri. Ambil pen dan kertas. Salin semua tu..
Senarai keperluan bayi di hospital
- 2 helai tuala mandi
- 2 helai selimut
- 20 helai kain lampin / pampers
- 2 pin besar
- 4 helai seluar kalis air
- 4 helai baju / baju sejuk
- 4 pasang seluar panjang
- 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
Senarai keperluan ibu di hospital
- 1 helai tuala mandi
- 1 helai tuala muka
- 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
- 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
- 1 helai pakaian biasa
- 2 pasang stokin
- 1 pasang selipar
- 3 helai coli khas untuk menyusu
- 2 pasang pelapik coli
- 5 helai seluar dalam pakai buang
- sikat
- berus gigi dan ubat gigi
- barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
- pakaian untuk pulang ke rumah
- bahan bacaan
- susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
- surat rujukan doktor
- kad pengenalan anda
- surat nikah
- wang
- surat pengesahan majikan (penjawat awam)
- charger henpon (jika perlu)
p/s: simpan artikel ini untuk rujukan korang semua! pasti korang akan lalui semua ini..
wah..banyak gak benda nak kena bwt b4 wife bsalin kan..tough gk nih..
ha… bukan senang nak dapatkan anak.. kena buat banyak persediaan..
tips yang bagus utk bakal bapa..
ada jg pengalaman bjaga di hospital Likas tu, masa anak ketiga lahir dulu..
rupanya hospital ni dah tukar nama..
aku pun pernah berjaga mlm masa anak ke-2 lahir..
nampaknya anak ke-3 ni pun kat sini juga..
Banyaknya nak kena standby… erm kena buat list lepas nie… duit pun kena standby dari sekarang…. 🙂
check list ni penting..
kalau dah tiba masa isteri nak bersalin.. dicampur panik, pasti ada saja benda yang lupa..
cuak gak nk jadi bapak ni. hehehe
haha..
bukan mudah nak jadi bapa ni bro..
ayat tambahan bro… (off topic sket)
tak akan hamil tapi macam mengandung 7 bulan.. hahaha 😀
ni yang masalah… mengandung tak bersalin ni..
wah banyaknya barang nak kena sediakan. bukan senang2 nak jadi bapak orang ye? hehe
ha..
bukan senang nak jadi bapak orang bro..
banyak kena prepare oo…
Suruh je orang gaji sediakan~ huhu..
kalau ada org gaji mmg senang..
kalau tak.. kena buat sendiri.. berdikari
penting list ni..klu tak 2,3 kali pi hospital balik..
tahun ada sorang lagi insyaAllah..
mudah2an suma ok..tq
kalau dah panik.. benda simple kita boleh lupa.. mmg dah biasa tu
bagus tips ni utk bakal bapa…aku pun dah lupa dah, kena ingat semula ..hehehe
kena ingat semula tu.. bila tiba masanya kelak bro..
charger henpon tuh ade dalam list skali tuh…kalo pinjam ngan nurse2 kat situ ok gak kan..kalo tertingal charger la..hehe..
kalo pakai prepaid kene stenby prepaid gak..kut2 nanti abis masa kat wad..haa..hehehe..
lagi satu kamera…nk rakam best2..
charger enpon mmg penting. ms aku bersalin lupa nk bwk charger, leceh! enfpon tuk ibu pun penting gak.. utk mereka yg tdk ditemani suami la… slmt je blh terus roger ngn suami…