Hendak dikatakan pandai tu tak juga, sebelum ini saya pernah juga menukar sendiri brake pad untuk motorsikal Yamaha SS2 saya pada zaman belajar dulu-dulu. Jadi untuk menukar sendiri brake pad bagi saya tidaklah sesukar mana. Kena yakin pada diri saja.
Pada usia motorsikal kapcai saya Honda Wave Dash 110 saya yang melepasi 2 tahun, inilah kali pertama saya menukar sendiri brake pad untuk brek depan (disc brake) motorsikal saya. Semasa membrek, cengkaman brek tidak sempurna dan timbul bunyi yang tidak enak didengar telinga.
Saya periksa..
Saya mendapati kilatan kesan brek tidak sekata pada disc rotor . Setelah dilihat dari luaran memang nampak brake pad lama tidak sekata cengkamannya. Saya ambil beberapa tools yang sesuai dan terus membukanya.

Selesai dibuka, memang sah sebelah brake pad sudah haus dengan tidak sempurna. Saya pun tidak tahu sebabnya. Mungkin sistem brek motorsikal saya ada masalah mekanikal. Buat sementara waktu, saya menukarnya sendiri dulu. Ada masa nanti memang perlu dibawa berjumpa mekanik untuk mengetahui punca brake pad ‘makan’ tak sekata.
Oh ya.. saya memilih jenama Kevlar buatan Thailand yang berharga RM15.



Saya mengambil masa dalam 15 minit untuk membuka, memasang dan mengujinya. Cuma apabila hendak memasang brake pad yang baru, pastika piston ditolak masuk ke dalam caliper dan anda perlukan apit-G atau tools lain yang sesuai.

Sebelum memulakan pengujian secara jalan dan brek, pastikan anda tekan brek beberapa kali sehingga bendalir hidraulik sistem brek berfungsi semula ketika motorsikal dalam keadaan pegun.
Selepas itu pengujian boleh dibuat.
Penafian: Saya menukar brake pad ini atas pengalaman saya sendiri (try & error) dan tidak megesyorkan anda untuk mengikutinya. Sila jumpa mekanik yang bertauliah.
Dulu pernah tukar brek pad cuma tak ada alat untuk buang angin dan servis brek hidrulik.
kalau motor kecik macam ni tekan balik piston guna apit G saja bro..