Bercuti di kampung adalah saat yang amat dinanti-nantikan. Bukan sahaja anak-anak yang tak sabar bercuti, saya sendiri pun sama tidak sabar menghirup udara di kampung halaman sendiri.
Saya bertuah kerana cuti raya tahun ini saya dapat habiskan masa dengan keluarga sepenuhnya. Pelbagai aktiviti dapat saya lakukan dan saya sangat seronok.
Semasa berada di rumah mertua di Rumah Panjang Barit Sebubu, Roban kami sekeluarga pergi ke dusun, ladang itik, memungut buah sawit, projek kolam ikan dan pelbagai lagi.
Kali ini saya ingin berkongsikan kisah mengenai buah longan. Buah yang ada terdapat di dusun keluarga mertua saya.
Longan Kristal

Buah longan ini menurut mertua saya berasal dari Papua New Guine. Namun pada Sarawak ianya mempunyai pelbagai nama seperti Longan Papuan, Longan Kristal, Longan Fiji, Longan Brazil dan macam-macam lagi. Namun nama Longan Kristal antara yang paling popular.
Terdapat 3 jenis warna longan yang pernah saya temui iaitu Merah Hitam, Hijau dan Kuning. Antara ketiga-tiga jenis ini, jenis Merah Hitam menghasilkan buah yang paling besar, manakala jenis Kuning menghasilkan buah paling manis.

Longan Kristal yang terdapat di dusun kami berwarna hijau. Walaupun hijau namun rasanya sangat manis.
Tamanan longan ini masih baru lagi dan agak sukar untuk menjumpai buahnya di pasar-pasar. Jika dilihat di pasaran, buah Longan kristal boleh mencecah harga RM10 sekilogram atau lebih mahal.
Pokok longan biasanya mengeluarkan buah di hujung-hujung dahan. Pokok yang sudah tinggi tiada cara lain dengan memanjat sahaja untuk mendapatkan buahnya. Saya menunjukkan kemahiran memanjat pokok kepada isteri dan anak-anak. Isteri terkejut dengan ‘bakat luar biasa’ saya. Orang kampung kalau sekadar pokok seperti ini adalah perkara biasa. Cuma pokok pinang saja saya ‘angkat bendera putih’.



Anak-anak seronok mengutip buah-buah yang saya petik. Mereka berlari ke sana ke mari berebut mengutip buah. Keadaan dusun yang tidak bersemak memang menjadi ‘padang’ mereka berlari.
Rujukan: Pometia Pinnata
wahh..lama tak makan ni..
tak pernh jumpa lagi longan kristal ni,
memang jarang dijumpai buah ni.. ianya agak baru
first time tgk longan kristal
agaknya semakin pupus
nampak sedap…kalau ada peluang ..nak rase juga la
dah mcm buah kedondong pom ade cuma pokonya tinggi
tak pernah lagi kot , makan longan kristal ini