Hujung minggu lepas kami sekeluarga melakukan aktiviti yang agak lasak isitu mendaki bukit. Perancangan mendaki bukit ini sudah agak lama cuma kesempatan masa tiada. Kebetulan hujung minggu lepas tiada aktiviti, kami meneruskan rancangan kami.
Memang banyak bukit sekitar Kota Kinabalu yang boleh didaki seperti Bukit Perahu, Bukit Tirig, Bukit Kopungit, Bukit Botak dan beberapa bukit yang lain.
Kali ini kami memilih untuk mendaki Bukit Botak (juga dikenali dengan nama Bukit Gondol) dan pendakian kami bersama team jurulatih Kelab Taekwondo MBV Tuaran. Lokasi bukit ini berhampiran UITM Kota Kinabalu.

Semasa masih remaja, saya dan isteri pernah mendaki gunung bersama. Kami memang suka cabaran dengan aktiviti lasak seperti berkhemah, merentas hutan, berkayak selain mendaki bukit/gunung.

Cabaran kali ini ditambah dengan penyertaan anak-anak. Nufail yang berusia 3 tahun antara ‘bebanan’ yang perlu diangkat naik dan turun.
Soal keselamatan memang dititikberatkan. Anak-anak memang teruja dengan aktiviti ini dan mereka mempunyai tahap kecergasan yang tinggi berikutan latihan taekwondo yang mereka jalani 4 kali seminggu.

Saya turut berbangga dengan semangat cekal isteri kerana mampu sampai ke puncak bukit walaupun sesekali pernah terlintas untuk menyerah kalah.
Kami mengambil masa hampir 1 jam untuk naik dan 1 jam untuk turun.


Coach Josephine turut membantu membawa Nufail semasa menuruni bukit.



Video ‘Live” di puncak Bukit Botak, Sepanggar.
Serius puas hati apabila sampai di puncak.
betul bro.. memang puas dan dapat pula melihat pemandangan yang cantik bumi KK ni..
cantik..cuma harap2 bukit botak ni terus terpeliharala..kadang makin ramai orang naik, kebersihan pun berkurangan.
betul tu.. keselamatan pendaki juga perlu diutamakan.. kena tubuh jawatankuasa yang memantau aktiviti di sini.
seronoknya kalau 1 family pun layan gak outdoor activity ni kn, kipidap bro