Buku Cerita Hantu Pocong Membawa Teksi

image

Anak-anak saya kini memang sukakan buku. Kalau Amyra, memang akan jadi pembaca buku kepada adik-adiknya.

Dalam banyak buku yang dibeli dan dipinjam dari perpustakaan, saya dapati ada sebuah buku cerita hantu pocong yang terdapat dalam simpanan mereka.

Saya sendiri membaca buku tersebut. Kandungannya agak kurang sesuai untuk dibaca anak-anak kecil. Walaupun unsur seramnya tidak keterlaluan, sedikit sebanyak ia mempengaruhi anak-anak.

Secara tidak langsung, rasa takut sudah tersemat di minda anak-anak. Ditambah lagi ilustrasi hantu pada buku tersebut memang menyeramkan.

Silap saya juga kerana tidak memantau buku-buku yang dibeli. Lain kali kena lebih berhati-hati lagi memilih buku untuk bacaan anak-anak.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Buku Cerita Hantu Pocong Membawa Teksi”

Leave a Reply to Piston Pecah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.