Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas usaha meringankan beban para ibu bapa ketika waktu sesi permulaan sekolah.
Selain alat tulis dan buku, anak-anak ada menerima pakaian seragam sekolah (sekolah di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Ahama Islam Negeri Sabah JHEAINS).
Anak-anak bertambah teruja untuk bersekolah semula selepas lama bercuti.
Tahun 2016, anak-anak semakin membesar. Amyra kini Darjah 4, Mikail pula baru memasuki alam sekolah rendah Darjah 1, Hannah pula masih Pra-Sekolah 6 tahun dan Nufail pula masih belum cukup umur dan menjadi peneman ibu mereka menghantar kakak dan abangnya.
Rancangan kami untuk menghantarnya ke Taska Permata namun tiada kekosongan.
Nufail walaupun baru masuk 3 tahun sangat suka untuk bersekolah. ABC, 123 sudah menjadi siulan di bibirnya. Dia petah berkata-kata dan tidak sepadan dengan usianya.
Minggu yang sibuk untuk memasang pelapik buku. 🙂
Tahun 2016 ni, ramai anak-anak yg baru masuk di alam persekolahan sebenar berbanding di tadika. So, pengalaman diorg byk yg nk dipelajari dan diperbaharui nanti…
Anak bungsu kami baru msk thn 1 – baru minggu ni dpt buku teks & dpt juga buku latihan/alatulis percuma. Punyalah berat beg budak2 skrg ni – x padan dgn berat bdn dorg. 😀
alhamdulillah anak saya pun dapat buku percuma.