Bulan April Bulan Istimewa Untuk Keluarga Kami

Selamat malam rakan semua,

birthday-hannah-mikail-copy

Aku nak khabarkan yang aku mungkin akan mengalami sedikit kesulitan mengemaskini entri terbaru mulai esok. Sudah disahkan.. jika tiada halangan lagi, esok aku akan ke Sarawak. Memandu dari Kota Kinabalu ke Mukah. Mungkin esok akan bermalam di Miri.

Buat Mama (isteriku), jagalah keluarga kita dengan sebaik-baiknya sementara Papa (aku) berbakti untuk negara.. (mcm nak berperang jer bunyinya)..

Oklah.. lupakan sementara aku nak ke Sarawak. Bulan April, selain April Fool yang memang aku tak suka, bulan April amat bermakna bagi keluarga kami.

Bulan April merupakan ulang tahun kelahiran anak kami yang kedua dan ketiga.

Rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan zuriat lelaki. Maka lengkaplah keluarga kami dengan adanya putera dan puteri. Muhamad Nacqris Mikail merupakan hero kami. Dialah yang diharapkan dapat menjaga keluarga kami selain aku dan isteri apabila dia besar nanti. Anak lelaki, walaupun bongsu sekali.. tanggungjawabnya lebih besar dari kakak yang paling sulung. Lihatlah kuasanya boleh mewalikan pernikahan kakak dan adiknya selain aku apabila dia sudah baligh nanti..

Puteri kedua selepas yang pertama diberi nama Nacqrisma Hannah. Kelahirannya cukup menceriakan kakak dan abangnya. Kesinambungan nama Nacqris masih dikekalkan. Dia yang sudah petah menyebut namanya sendiri kini berusia menghampiri 1 tahun. Gelagatnya yang cuba untuk belajar berjalan cukup mencuit hati. ‘Gigi Rabbit’nya sekarang dah tumbuh dua. Agak lambat Hannah tumbuh gigi berbanding Mikail dan Amyra.

Anak sulung kami, Nacqrisma Mia Amyra adalah namanya. Walaupun lahir bulan Ogos, namun setiap bulan adalah hari jadinya.. Manakan tidak, setiap bulan membeli kek hari jadi walaupun bukan pada waktu yang sepatutnya. Aku tak kisah.. biarlah, asalkan Amyra gembira. Tahun depan Amyra akan masuk tabika. ABC hingga Z sudah menjadi mainan lidahnya walaupun belum bersekolah secara formal. Terima kasih kepada isteriku kerana cukup setia menjadi guru di rumah.

Anak-anakku semua,

Papa & Mama amat sayangkan kalian semua..

24 Comments on “Bulan April Bulan Istimewa Untuk Keluarga Kami”

  1. Biasalah bro … bila dah ada anak … kita amat menyayangi mereka … tak der seorang pun ibubapa (normal) ingin membiarkan anak2 mereka menderita … saya juga seorang ayah dapat merasakan apa yang mustaffa rasakan … (ku ingin menjadi bapa ‘MITALI’)

  2. Selamat memulakan perjalanan. Berhati-hati di jalan raya.

    Melihat keletah anak-anak pastinya buat hati ibu bapa terhibur 🙂

  3. jauhnya nak pergi..hati2 dijalanraya
    saya ada 3 anak lelaki dan satu shj perempuan. kena buli saja yg perempuan

  4. Lihatlah betapa gembiranya hati ibu dan ayah dengan kehadiran cahaya mata dalam keluarga.Namun sayang bila sianak dah besar sanggup buatmacam-macam pada mak dan ayah.

    Mudah-mudahan anak akan menjadi mereka yang soleh dan solehah.

  5. semoga Allah melindungi bro dlm perjalanan. walupun berjauhan, insyaAllah dgn ada teknologi skrg, tidak rasa akan berjauhan ngan keluarga.
    tetapi rindu tetap akan ada.

  6. wahh comelnya adik-adik ni. kirim salam kat diorang semua ye..

    ishh baca entry ni ingat pulak kat umi abah di Malaysia..
    wuuuuuu~

Leave a Reply to suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.