Baru-baru ini saya sendiri menguruskan perpindahan nilai NCD (Non Claim Discount) insuran kereta lama ke kereta baru.
Pada permulaannya, saya menyerahkan segala urusan kepada ‘dealer’ kereta kerana mereka tawarkan dalam pakej pembelian kereta baru.
Namun, proses perpindahan NCD tersebut tidak dapat diteruskan.
Kenapa Tidak Boleh Pindah NCD tersebut?
- Menurut ‘dealer’, pindah NCD mestilah dilakukan penama dalam insuran kenderaan dan mereka tidak boleh berbuat demikian.
- Syarat penting juga, insuran kereta lama masih ada nilai NCD dan bermakna kita tidak pernah tuntut insuran disebabkan kemalangan dan polisi insuran mestilah masih sah.
Oleh kerana masalah saya cuma pada bahagian 1, saya pergi ke pejabat insurans dan bawa kad pengenalan serta tunai.
Kenapa perlu bawa tunai?
Kita perlu membayar baki premium insuran kereta lama yang masih tinggal. Sebagai contoh, insuran saya tamat pada bulan 6/2017 , dan sekarang masih bulan 4/2017. Saya kena ‘cover’ insuran untuk bulan 5 dan 6.
Disebabkan tidak pernah berurusan menukar NCD, bimbang juga amaun baki yang banyak perlu dibayar.
Rupanya, saya perlu bayar RM82.00++ sahaja pada hari tersebut.
Selesai sahaja pembayaran dan perpindahan NCD, satu surat notis yang mengesahan bahawa NCD kereta lama sudah dikeluarkan akan diberikan kepada kita.
Surat notis tersebut boleh diserahkan kepada pihak ‘dealer’ untuk urusan insuran kereta baru.
Selepas Pindah NCD, Macam Mana Kereta Lama?
Selepas NCD dipindahkan ke kereta baru, nilai NCD pada kereta lama menjadi 0% semula.
Sebagai contoh, jika insuran kereta lama RM600 dan ditolak NCD 55% (RM330), kita perlu bayar
RM600 – RM330 = RM270
Tetapi,
Apabila nilai NCD kereta lama menjadi 0%, kita perlu bayar penuh RM600 kerana nilai NCD sudah dipindahkan ke kereta baru.
** Nota: Pengiraan di atas adalah contoh sahaja. Tidak mengambilkira cukai lain.
Kenapa Kena Pindah NCD? Banyak Urusan!
Jawapan saya ringkas,
JIMAT.
Pindah NCD ke insuran kereta baru melayakkan kita mendapat diskaun 55% (bergantung kepada nilai NCD kereta lama) dan banyak penjimatan boleh dibuat.
Contohnya, bayangkan insuran kereta baru kena bayar RM2400.
Selepas ditolak NCD 55% RM1320, hanya perlu bayar RM1080 sahaja.
Jadi penjimatannya,
RM1080 (kereta baru) – RM600 (kereta lama) = RM480
Namun bila berlaku kemalangan, sama ada kerta baru atau lama, nilai NCD akan menjadi 0% semula.
Nota:
Jika ada sebarang kesilapan pada artikel ini sila maklumkan kepada saya. Tulisan ini berdasarkan pemahaman saya.
Servis ETIQA Asia City KK memang terbaik, cepat.
Saya pernah dengan pindah insuran lama ke kereta baru. Jimat banyak.
mmg ada saja cara berjimat
Ok dapat dah gambaran macam mana nak pindah ncd kereta.
Memang boleh jimat banyak.
Patutlah harga kereta masih ada pilihan harga tanpa insuran sebab boleh guna ncd kereta lama jadi akan lebh jimat dan berbeza-beza harga akhir sesebuah kereta.
pilihan di tangan kita bro..
tak pernah buat.
sebab baru ada satu kereta.
tak terfikir lagi nak beli kereta baru.
salam..mcner yer nak tahu insurans yg cover kereta lame tu..
wslm, boleh cari provider insurans lama dengan link ini
https://www.mycarinfo.com.my/ISearch/Enquiry?version=b2c
Ncd kereta lama akan jd 0%,contoh kereta baru bawa 30%(tahun ke 2)
Untuk tahun seterusnya? Kereta baru akan jd 38.33%?
Kereta lama? Kekal 0 atau berubah ke 25%
Mohon pencerahan..