Alhamdulillah..
Misi balik kampung beraya melalui Jalan Darat Sabah ke Sarawak dan kemudian ke Sabah semula sudah dilalui dengan selamat dan segalanya dipermudahkan.
Sebelum ini 2012 kami juga pernah melalui jalan darat balik beraya dari Tuaran Sabah ke Kuching Sarawak.
Berikut saya kongsikan sedikit info perjalanan kami untuk rujukan anda. Corak pemanduan saya adalah ‘slow and steady’ tambahan ada bawa anak kecil (Baby Zea). Tidak perlu tergesa-gesa kerana semuanya sudah dirancang sebaiknya.
Sebelum Balik Kampung
- Pastikan ada membuat salinan geran kenderaan (kena isi borang kebenaran bawa masuk kenderaan di Brunei).
- Pasport Terhad Masuk Brunei (Pasport Biru) atau Pasport Antarabangsa (Pasport Merah).
- Sedikit duit not Brunei (untuk tol Jambatan Rasau dan keperluan lain jika perlu). Tak ada duit pun, bawa emas Public Gold pun boleh.
- Peta Offline Google (Muat turun peta Lawas ke Miri).
- Kenderaan diservis sempurna. Kalau rosak di Brunei memang parahlah.
- Isi minyak tangki penuh sebelum masuk Brunei. Manalah tahu sesat jalan.
- Pastikan kenderaan bebas cermin gelap dan modifikasi.
Pos Kawalan Imigresen dan Kastam yang perlu dilalui;
- Pos Kawalan Imigresen Sindumin, Sabah – Pos Kawalan Imigresen Merapok (Lawas), Sarawak
- Pos Kawalan Imigresen Mengkalap (Lawas), Sarawak – Pos Kawalan Imigresen Labu (Temburong), Brunei
- Pos Kawalan Imigresen Puni (Temburong), Brunei – Pos Kawalan Imigresen Pandaruan (Limbang), Sarawak
- Pos Kawalan Imigresen Tedungan (Limbang), Sarawak – Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Brunei
- Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh(Kuala Belait), Brunei – Pos Kawalan Imgresen Sungai Tujoh (Miri), Sarawak.
Nota: Pos kawalan ini dibuka dari pukul 6.00 pagi sehingga 12.00 malam.
Tol yang perlu dilalui;
- Tol Jambatan Rasau (Brunei) – RM10/ $3
- Tol Sungai Tujuh Miri (Malaysia) – Percuma
Sesi 1: Perjalanan Tuaran, Sabah Ke Roban, Sarawak – 17 Jun 2017 (Sabtu)

- Tuaran
Jam 4.00 pagi
Nota: Isi penuh 60 liter RON95 di Petron Telipok - Tuaran-sindumin
177km
7.02 pagi - Tuaran-Lawas
7.30 pagi

- Tuaran-Limbang
8.45 pagi
Nota: Peta laluan Lawas ke Limbang melalui Brunei
- Tuaran – Miri
Jarak : 461.3km
Jam Ketibaan: 1.16pm
Bayaran Tol: Jambatan Rasau (Brunei) RM10 / $3
Nota: Peta laluan Limbang ke Sungai Tujuh Miri (melalui Seria Bypass Brunei)

- Tuaran – Bintulu
Jarak: 653km
Jam Ketibaan: 4.03pm
Nota: Isi RM30 RON95 di Petronas Kidurong - Tuaran – Tatau
Jarak: 719km
Jam Ketibaan: 5.57pm - Tuaran – Stapang (Batang Oya)
Jarak: 830km
Jam Ketibaan: 7.18pm - Tuaran – Airport Sibu
Jarak: 861km
Jam Ketibaan: 7.53 malam - Tuaran – Sarikei
Jarak: 942km
Jam Ketibaan: 9.07 malam

- Tuaran – Roban
Jarak: 975.2km
Jam Ketibaan: 9.38 malam
..Ringkasan
- Kenderaan: Toyota Wish 1.8s (2011)
- Purata Kelajuan – 80-100km/j
- Eco Mode – 90%
- Sport Mode -10%
- Kos minyak – RM150 (lebih kurang)
- Jumlah perjalanan – 975.2km
- Masa perjalanan – 17 jam (berhenti-henti)
p/s: saya akan sambung pula perjalanan dari Roban ke Kuching pada entri yang akan datang.
Jauhnya perjalanan awak ye
ya.. jauh tapi enjoy.. balik kampung tak terasa jauhnya
Memang enjoy perjalanan ni..sy dulu 3 hari baru sampai kuching disbbkan sambil2 nk honeymoon haha..
Semoga selamat lah perjalanan jauh-jauh ni. Servis kenderaan jangan lupa
dulu pernah try sekali.
memang gila best dan penat.
hehe
jauhnya perjalanan.. best kan
jauh tapi enjoy..
Ya Allah jauhnya. Lenguh ni ..
balik kampung punya pasal.. jauh tu perkara no. 2
mantap bosku