Categories
Keluarga Pendidikan

Pendedahan Permainan ‘Indoor’ Untuk Anak-Anak

Pada masa sekarang, anak-anak lebih terdedah dengan permainan elektronik atau gajet. Namun, secara peribadinya saya kurang setuju anak-anak cuma tahu bermain permainan seperti ini sahaja. Pada usia mereka yang masih mentah, fikiran mereka masih boleh diolah supaya menyukai permainan secara manual tanpa sebarang gajet.

Zaman kanak-kanak saya sendiri, semua permainan jenis ‘indoor game’ sudah dicuba. Jiwa saya lebih menyukai karom berbanding permainan yang lain.

Anak-anak saya sendiri sebelum ini seperti anak-anak sahabat yang lain juga. Setiap seorang diberikan sebuah tablet biasa untuk kemudahan mereka bermain sambil belajar secara elektronik. Namun, saya mendapati pembahagian penggunaan gajet tersebut tidak seimbang dan lebih berat kepada bermain berbanding belajar.

Akhirnya, saya dan isteri membuat keputusan untuk menghentikan kemudahan tersebut. Pada mulanya, anak-anak memang mcam cacing kepanasan. Ada yang merajuk dan tidak kurang yang curi-curi menggunakan telefon isteri  saya untuk bermain ‘game’. Saya akui memang saya kasihan melihat keadaan mereka, namun itu sahaja cara yang boleh mengawal ketagihan gajet anak-anak.

Lama-kelamaan, keadaan berubah dan anak-anak sudah biasa dengan ketiadaan gajet. Saya dan isteri mencari alternatif lain untuk mengalih perhatian mereka. Kami sering membawa anak-anak ke taman permainan, berjoging dan membiarkan mereka aktif bersukan taekwondo.

Saya tahu, ada segelintir kawan-kawan anak saya membawa gajet ke sekolah. Saya pun agak terkejut kerana tiada pemantauan dari ibu bapa  atau penjaga mereka. Saya cuma menasihati anak saya supaya berpesan kepada kawannya di sekolah agar tidak membawa sebarang gajet semasa bersekolah.

Saya mendedahkan anak-anak dengan permainan yang lebih baik. Walaupun permainan seperti  Chess, Monopoly, Sahiba dan beberapa permainan ‘indoor games’ yang lain agak klasik, namun ia lebih berkesan untuk mendidik anak-anak.

Permainan Monopoly Untuk Kanak-Kanak
Anak-anak belajar mengira dan membuat keputusan pantas.

Jika diambil positifnya, permainan seperti itu akan menguji anak-anak berfikir, mengira pantas dan cepat membuat keputusan.

Anak-anak bebas dari radiasi gajet dan bil elektrik juga boleh dijimatkan.

Nanti saya kongsikan lagi perkembangan mereka dengan permainan indoor tersebut.

Follow my blog with Bloglovin

Categories
Keluarga

Gambar Candid Semasa Hari Raya 2018

Hari Raya tahun 2018 kini sudah memasuki minggu kedua. Memang agak jarang sudah saya mengemaskini blog ini bercerita dan berkongsi kisah seharian saya. Saya lebih selesa bermedia sosial sahaja ketika ini. Sesekali saya hanya log masuk ke blog dan mengemaskini sistem blog sahaja.

Raya lepas saya masih berkesempatan untuk balik ke kampung halaman di Sarawak. Perjalanan balik menaiki kereta sendiri walaupun jauh merentas Kepulauan Borneo, ianya satu kepuasan. Kami sekeluarga bukan hanya balik kampung sahaja malahan kami boleh bercuti dengan ‘melencongkan’ perjalanan asal kami untuk singgah sebentar melihat kawasan lain di sepanjang perjalanan tersebut.

Anak-anak teruja balik kampung kerana mereka bebas bermain. Tidak seperti kehidupan biasa mereka yang agak terkongkong dengan jadual sekolah, latihan taekwondo dan rutin harian yang lain.

Kali ini, ingin berkongsi kenangan semasa raya yang lepas. Seperti biasa, kami akan bergambar famili raya sebagai kenang-kenangan. Namun, rancangan yang biasa dibuat pada pagi raya tak selalunya berjalan dengan lancar.

Gambar Raya Kandid 2018

Ada sahaja yang tidak kena bagi anak-anak. Bersiap untuk berpakaian satu hal dan belum lagi solat sunat aidilfitri dan sebagainya.

Saya sempat menangkap gambar kandid semasa masing-masing bersedia untuk bergambar. Saya tidak akan memadam gambar tersebut dari memori kamera kerana ianya momen yang sangat bermakna bagi saya.

Gambar kandid ini boleh dijadikan bahan kenangan untuk masa depan.

Kadang-kadang sesuatu yang di luar perancangan lebih menarik dari yang dirancang.

p/s: cepatnya masa berlalu, anak-anak semakin membesar.

Categories
Keluarga

Pilihan Bersalin Normal Atau Pembedahan

Alhamdulillah,

Isteri saya baru sahaja melahirkan anak kami yang ke-5. Segalanya dipermudahkan Allah SWT. Kami mendapat beberapa perkhabaran gembira sepanjang tempoh kelahiran anak kami ini. Syukur ya Allah..

Bersalin Normal Atau Pembedahan?

Jika ada pilihan, isteri akan memilih bersalin secara normal. Saya pun boleh masuk ke dewan bersalin semasa isteri melahirkan anak.

Namun, proses kelahiran kali ini lebih sukar kerana isteri terpaksa bersalin secara bedah ‘ceaser’. Tempoh di dalam dewan bersalin agak lama sebelum doktor memutuskan untuk proses ‘ceaser’.

Saya sendiri memang agak sukar menerima hakikat isteri perlu dibedah kerana 4 orang anak sebelum ini dilahirkan secara normal.

Categories
Keluarga Santai

Mengidam Membuat Kuih Pulut Panggang

Ibu mengandung memang tidak dapat dipisahkan dengan mengidam. Itulah hakikatnya. Pernah juga saya sendiri seakan-akan mengidam, nak makan macam-macam, padahal isteri yang mengandung. Isteri pula yang ‘kepelikan’ melihat insiden ini.

Semalam semasa balik dari kerja, saya melihat kelibat isteri mengelap daun pisang. Saya pun agak hairan juga, daun pisang itu saya beli minggu lepas untuk membakar ikan sardin yang dibeli di Tamu Ahad Pekan Tuaran.

Kakak yang menjual daun pisang pula tidak mahu daun pisang dibeli sedikit dan kena beli yang sudah dibungkus/gulung seikat berharga RM2. Orang dah jual begitu, kenalah beli juga.

Daun pisang yang banyak lebih itulah mendatangkan ‘mengidam’ kepada isteri.  Dia berkata hendak membuat kuih pulut panggang. Sayang katanya banyak daun pisang yang lebih dan membazir kalau dibuang.

Kebetulan pula, ada beras pulut dalam laci di dapur.

Saya fikirkan dia mengidam mahu makan, tapi dia mengidam nak membuat kuih pulut panggang pula. Hairan saya..

Saya pun menolong dia menyemat pencukil gigi untuk menahan hujung daun pisang. Kalau di kampung, sebelum membuat kuih begini, biasanya akan mengambil daun kelapa untuk dibuat lidi. Penjual kuih sekarang pula, ramai yang menggunakan ‘stapler’untuk menggantikan lidi.

Gambar Resipi Pulut Panggang Sedap 2
Pulut panggang dijamin sedap.

Alhamdulillah, memang sedap kuih pulut panggang air tangan isteri. Anak-anak pun suka.

Untung kerana sendiri yang membuat, saiznya pula boleh dibuat semahu hati. Buat besar, makan dua biji pun dah kenyang.

Kandungan isteri sudah masuk bulan ke-6. Memang saat-saat begini tempoh membuat persediaan untuk menerima ahli baru dalam keluarga.

 Semoga semuanya dilindungi dan dipermudahkan Allah swt.

Categories
Keluarga

Keliru Di Antara Keperluan Atau Kehendak

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya banyak yang saya rancang untuk lakukan pada tahun ini. Sebahagiannya juga saya ‘carry forward’ rancangan tahun lepas yang tidak dapat disempurnakan.

Rancangan saya meliputi kehidupan harian berkaitan kewangan, riadah dan sosial, keluarga dan beberapa perkara lain yang saya rasa tidak perlu disebutkan di sini.

Beli Rumah Baru.

Ya. Saya bercita-cita tinggi untuk bebas hutang dan berangan-angan tinggi untuk bersara awal dengan kekayaan (retire young retire rich). Impian ini saya tanam sejak beberapa tahun lepas.

Categories
Keluarga

Cara Untuk Teman Isteri Masuk Dewan Bersalin Di Hospital

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT.

Isteri tengah mengandung anak yang ke-5. Jika tiada aral melintang, inshaallah hari kelahirannya hampir dengan dengan hari lahir saya sendiri.

Siang tadi isteri berjumpa doktor pakar di Hospital Ibu dan Kanak-Kanak, Likas. Ramainya ibu-ibu mengandung di sana.

Kandungan isteri sihat dan kesihatan isteri saya juga pun baik dan stabil. Isteri saya ‘obes’ (seperti saya juga :p ) dan agak berisiko terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun, semuanya ok setakat ini.

Categories
Keluarga

Sesekali Suami Menjadi Suri Rumah Tangga

Minggu lepas Amyra menyertai CK Classic International Taekwondo Championship 2016 yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras.

Sepanjang tempoh pertandingan, saya menjadi ‘suri rumah’ kerana isteri menemani Amyra di sana. Sepanjang 5 hari ketiadaan isteri, banyak juga perkara lucu yang berlaku.

Antara yang berlaku adalah;

Cuci baju di dobi layan diri – silap masukkan cecair pelembut dan pencuci pada slot yang sepatutnya. Buih semakin banyak dalam mesin tapi masa cucian tinggal kurang 10 minit. Hairan jugalah. Akhirnya ‘spin’ dengan baju masih berbuih. Ulang sekali lagi dengan kos kerugian RM5 (mesin 10kg) dan terbazir masa hampir setengah jam.

Masak nasi yang tak masak-masak – saya kalau setakat masak nasi memang tiada masalah kerana selalu juga memasak sendiri. Cuma minggu lepas, nasi dimasak tidak masak-masak. Hairan juga dibuatnya. Selepas diperiksa, periuk nasi lupa ditekan ‘cook’ cuma masih dalam mode ‘warming’. 

Categories
Keluarga

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri

Kalau dikira secara kasar memang hampir sebulan sudah kami mengunjungi kedai dobi layan diri (dobi syiling). Mesin basuh di rumah sudah rosak dan belum dijumpai lagi alat gantinya iaitu “Printed Circuit Board (PCB)”.

Oleh kerana keadaan kewangan yang belum mencukupi, mencuci pakaian di kedai dobi adalah pilihan kami. Kami memilih kedai dobi layan diri (dobi syiling) yang lebih murah berbanding kedai dobi biasa (timbang kilo).

Tempoh mencuci dan mengering mengambil masa kurang dari 1 jam. Kosnya pula bagi mencuci dan mengering sekitar RM11.00 dan bergantung kepada saiz mesin basuh yang dipilih.

Terdapat banyak jenis keupayaan mesin basuh yang ada bergantung kepada kedai. Antaranya 10kg, 11kg, 14kg, 25kg dan 28kg.

Selain mesin basuh layan diri, servis tambahan seperti mesin kerusi urut dan mesin sabun pencuci juga disediakan. Sambil mencuci boleh juga berurut. Jika terlupa membawa sabun pencuci, boleh terus membeli di sini.

Lepas raya baru berfikir untuk membeli mesin basuh yang baru.

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (1)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (2)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (3)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (4)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (5)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (6)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (7)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (8)

 

Categories
Keluarga Kesihatan

Berhujung Minggu Bersama Keluarga Di Kejohanan Taekwondo 1st MBV

Hujung minggu lepas kami habiskan masa bersama dengan berkampung di Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu. Anak-anak turut menyertai kejohanan taekwondo iaitu 1st MBV Invitational Taekwondo Sabah Championship 2016.

Anak-anak mewakili kelab mereka MBV Tuaran.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (4)
Anak-anak memanaskan badan

Acara yang berlangsung selama tiga hari sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada anak-anak. Amyra, Mikail dan Hannah teruja untuk ‘berlawan’ di gelanggang.

Mikail masih belum mencapai tahap sebenar dan bersedia untuk berlawan. Dia masih terbawa-bawa sikap tidak bersedia dan akhirnya tewas pada peringkat awal. Namun, dia menerima kekalahan tersebut dan berazam akan menyertai lagi kejohanan tersebut pada masa akan datang.

Hannah pula memenangi pingat gangsa dan dia masih di antara peserta yang termuda. Walaupun kecil, namun  semangatnya tetap besar.

Amyra pula seperti yang diramal menjuarai kategori Kyorugi Female -Welter. Kemenangan yang bergaya dengan mata 16 berbalas 0.

Amyra dan Hannah amat gembira kerana mendapat pingat kemenangan.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (3)
Hannah (Kategori Fin) & Amyra (Kategori Welter)

Selepas tamat acara, anak-anak minta belanja KFC. Mereka gembira , saya dan isteri turut gembira. Hujung minggu kami penuh makna kerana dapat diluang masa bersama-sama.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (2)
Kami gembira.
Categories
Keluarga Kesihatan

Sampel Lampin Huggies PERCUMA Untuk Bayi Anda

Lampin Huggies Percuma

Bagaimana cara untuk mendapatkan sampel percuma lampin?

Sila lihat video di bawah dan tekan ‘Get a FREE Sample’ pada video.