Categories
Keluarga Kesihatan

Berjoging Di Perdana Park Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Joging Di Perdana Park Tanjung Aru (3)

Musim cuti sekolah datang lagi.

Anak-anak tidak ada sebarang permintaan untuk jalan-jalan bercuti setakat ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak yang aktif bersukan, memang ‘cuti seminggu’ minggu lepas dari latihan Taekwondo membuatkan mereka bosan.

Mikail terkena demam campak dan alhamdulillah sudah pulih 80%. Dia bersemangat juga untuk berlari walaupun pada asalnya dia malu kerana parut campak tu masih jelas kelihatan. Saya cuma menggunakan lendir lidah buaya (aloe vera) untuk mengubat parut demam campaknya.

Joging Di Perdana Park Tanjung Aru (2)
Anak-anak memang ‘expert’ dalam bab panaskan badan sebelum berlari. Biasa dengan latihan Taekwondo.

Memang agak lama sudah kami tidak beriadah bersama-sama begini. Kalau ikutkan rancangan, memang setiap pagi Ahad kami akan joging bersama-sama. Namun, sering terlepas kerana terlajak tidur di hujung minggu.

Pada asalnya, kami mahu ke trek joging Tanjung Lipat sahaja. Selepas bertukar fikiran, kami terus ke Perdana Park yang terletak di Tanjung Aru, Sabah.

Joging Di Perdana Park Tanjung Aru (1)
Seronok mereka bermain serta pengunjung juga tidak ramai.

Selepas anak-anak puas joging dan bermain di taman permainan, kami jalan-jalan ke Tamu Ahad Jalan Gaya (Gaya Street Sunday Market).

Kami balik dengan kepenatan pada sebelah tengah hari. Anak-anak seronok jalan-jalan..

Categories
Keluarga

Anak-Anak Kumpul Duit Untuk Boboiboy The Movie

Beg Duit Mikail

Anak-anak saya memang suka menonton kartun animasi tempatan terutamanya Upin dan Ipin dan Boboiboy. Set PVR Astro hampir penuh dengan rakaman kartun tersebut. Tidak puas menonton di televisyen, mereka juga suka menonton di Youtube. Tidak pernah jemu menonton siri yang sama berulang kali.

Boleh dikatakan hafal skripnya..

Baru-baru ini, anak-anak perasan iklan Boboiboy The Movie. Mereka amat teruja menontonnya di pawagam. Saya ok sahaja tapi dengan syarat tertentu.

Poster Boboiboy The Movie

Syarat mudah dikenakan adalah masing-masing diberi tempoh hampir sebulan untuk mengumpul duit sendiri. Duit tersebut dikumpul dari duit belanja harian di sekolah.

Sebelum ini, mereka masing-masing sudah mula menabung. Misi ini  bukanlah sukar bagi mereka.

Hannah antara yang paling banyak mengumpul duit memandangkan perbelanjaan sekolahnya sedikit sahaja kerana pra sekolah disediakan makan.

Tidak banyak sasaran untuk misi ini, cuma RM20 seorang.


BoboiBoy The Movie

Malaysia : 3 March 2016
Indonesia : 13 April 2016
Rating: U

Year    : 2016
By    : Animonsta Studios
Genre    : Superhero, Action, Adventure, Sci-Fiction
Time    : 90 min / 1:30

http://www.boboiboymovie.com

Categories
Keluarga Kesihatan

Lampin Percuma Dari Drypers Points Shop

Pampers Percuma Point Shop

Sebelum ini saya ada berkongsi artikel menebus mata Drypers Club/Dryers Points Shop. Lampin yang saya tebus telah selamat sampai dua minggu lepas.

3 bungkus lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry saiz XXL dengan isi 8 keping setiap bungkus cukup untuk seminggu. Jimat sedikit belanja lampin anak untuk bulan ini.

Buat masa ini, saya sedang mengumpul lagi mata untuk tebusan yang akan datang. Rugi tak menebus kerana ianya mudah sahaja.

Bagi yang tak tahu tu, boleh ke web Drypers Club Malaysia.

Categories
Keluarga Kesihatan

Penyertaan Kali Ke-2 Anak-Anak Di Kejohanan Taekwondo Sabah 2015

Kejohanan Taekwondo Remaja Dan Terbuka Sabah 2015 Di Ranau

Dalam artikel sebelum ini saya ada kongsikan pembelian barang kelengkapan Taekwondo untuk anak-anak. Pada 17 Disember 2015 yang lepas, kami sekeluarga ke Ranau semula untuk kali kedua.

Kali ini, Amyra, Mikail dan Hannah menyertai kejohanan ini. Bagi Mikail dan Hannah, ini adalah kejohanan pertama yang mereka sertai dan lebih kepada ‘sesi pengenalan’ ke peringkat yang lebih tinggi.

Amyra pula ini adalah penyertaan kali kedua dia selepas tewas pada kejohanan yang pertama di lokasi yang sama Kompleks Sukan Ranau pertengahan tahun 2015 yang lepas.

Pada kejohanan kali ini, Mikail dan Hannah tewas pada peringkat awal manakala Amyra menebus kekecewaannya dengan memenangi Pingat Emas acara Kyorugi 9-11 tahun.

Berbaloi mereka berlatih dengan keberanian mereka menyertai kejohanan ini. Secara keseluruhannya kejohanan ini dijuarai oleh Pasukan MBV (Master Barry Voon).

Mendengar pesanan dan tunjuk ajar dari Coach Joseph Kung (MBV Tuaran)
Mendengar pesanan dan tunjuk ajar dari Coach Joseph Kung (MBV Tuaran)
Hannah dan Anyra bersedia untuk acara Kyorugi
Hannah dan Amyra bersedia untuk acara Kyorugi
Sesi memanaskan badan sebelum berlawan
Sesi memanaskan badan sebelum berlawan
Bergambar di Kundasang
Bergambar di Kundasang

Gambar-gambar lain boleh dilihat di Facebook dan Instagram saya.

Categories
Keluarga

Menebus Mata Ganjaran Dypers Club

Nufail sekarang berada di fasa akhir memakai lampin pakai buang. Jadi, selama hampir 3 tahun menggunakan lampin jenama Drypers, saya ada menyertai Kelab Drypers. Banyak kisah perkongsian antara ahli kelab.

Perbincangan yang berkaitan dengan bayi dan sebagainya.

Sebenarnya saya sudah lama tahu, setiap bungkusan lampin Drypers yang dibeli disertakan kod tebusan disebelah dalam. Mulanya saya tidak ambil kisah.

Selepas setahun menyertai kelab ini, saya mula mengumpul mata. Selepas mata mencukupi, saya mula membuat tebusan hadiah. Ini adalah kali kedua.

Kalau bab me’redeem’ ni memang saya suka. Baru selesai dengan TM Reward dan Astro Circle Point.

Tebus Mata Drypers Club
Saya pilih Pampers Wee Wee Dry XXL – 2550 mata ganjaran ditolak

Tebus Mata Drypers Club 2
Pengesahan tebusan dan alamat

Tebus Mata Drypers Club 3
Penghantaran secara percuma

Tebus Mata Drypers Club 4
Transaksi mata ganjaran – baki tinggal 300 mata sahaja.

Nak kumpul mata ganjaran lagi lepas ini.

Cara dapatkan kod tebusan boleh rujuk sini: https://www.drypers.com.my

Categories
Keluarga

Impian Memiliki Rumah Sendiri Tercapai

Proses Pembelian Rumah Dan Penyambungan Meter SESCO Dan LAK (1)

Alhamdulillah..

Impian kami sekeluarga memiliki rumah sendiri tercapai juga akhirnya. Unit terpakai sahaja yang mampu dibeli ketika kerana harganya berpatutan dengan lokasi yang pesat membangun di Kota Samarahan yang dilebih dikenali sekarang dengan jolokan ‘Bandar Ilmu’.

Penyerahan kunci rumah berlaku beberapa hari sebelum 1 Syawal yang lepas. Boleh juga dikatakan sebagai bonus Hari raya tahun ini. Sayangnya tidak sempat beraya di rumah baru.

Unit yang agak lama ditinggalkan kosong ini (dalam proses tukar nama) sudah diputuskan bekalan elektrik dan airnya. Pemilik lama tiada tunggakan dan semuanya diuruskan dengan baik sebelum dijual.

Dalam kemeriahan dan kesibukan menyambut hari raya yang akan menjelang, saya bersama cik isteri sibuk menguruskan rumah kami. Langkah pertama adalah menyambungkan meter air dan meter elektrik.

Segalanya dipermudahkan oleh Allah swt, urusan pendaftaran dan pemasangan meter lancar. Semasa berada di pejabat Lembaga Air Kuching dan Pejabat Urusan Sarawak Energy (SESCO), boleh dikatakan tiada pelanggan di sana. Saya ambil nombor dan dipanggil nombor saya selang beberapa minit. Mungkin orang lain sudah sibuk balik ke kampung untuk beraya.

Wang cagaran (deposit) yang perlu dibayar adalah seperti berikut;

  1. Lembaga Air Kuching – RM60
  2. SESCO (sarawak Energy) – RM300 (meter 1 fasa)

Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan dan salinan Perjanjian Sewa Beli Rumah yang telah disahkan peguam sahaja.

Selesai..

Proses Pembelian Rumah Dan Penyambungan Meter SESCO Dan LAK (2)
Penyambungan Meter Elektrik
Proses Pembelian Rumah Dan Penyambungan Meter SESCO Dan LAK (3)
Penyambungan Meter Air
Categories
Keluarga

Beraya Dengan Tudung Bawal AidiJuma

Tudung bawal Aidi Juma

Anak-anak antara insan yang paling gembira bila menjelang hari raya. Pengalaman sendiri ketika kecil mengajar erti keseronokan dan kegembiraan bila bertemu dengan semua ahli keluarga pada hari raya.

Anak-anak sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman di Sarawak. Setiap hari mengira detik untuk ‘terbang’ ke kampung.

Raya tahun ini, isteri membelikan tudung bawal Aidi Juma untuk digandingkan dengan baju raya anak-anak. Tudung ini senang digayakan dan selesa nampaknya dipakai anak-anak.

Harga tudung bawal yang murah dan mampu milik menjadikan tudung ini menjadi pilihan ramai. Kali pertama saya melihat di depan mata pelanggan berbaris mengambil nombor membeli tudung.

Setiap corak baru, pasti berduyun-duyun peminat merebut peluang mendapatkannya.

Categories
Keluarga

Akhirnya.. Dilema Balik Beraya Dah Terjawab

Itinerary AirAsia Balik Kampung Raya 2015 2

Puasa kini sudah seminggu, dilema untuk balik ke kampung memang menjadi kebiasaan setiap tahun. Bukannya dilema samaada balik ke kampung atau tidak, dilemanya cuma perjalanan balik ke kampung beraya nanti.

Beberapa tahun yang lepas, kami sekeluarga pernah balik beraya ke kampung dengan menaiki kereta Waja kami. Perjalanan dari rumah kami di Kota Kinabalu ke Asajaya Sarawak lebih kurang 1500km. Kami mengambil masa 3 hari perjalanan kerana singgah ke rumah saudara mara di Miri dan bermalam di Roban (kampung isteri) sebelum bergerak menuju ke Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak.

Tahun ini pada asalnya kami memang merancang untuk balik beraya menaiki kereta lagi. Namun, selepas membuat beberapa pertimbangan, kami akhirnya menukar rancangan dengan balik ke kampung menaiki pesawat.

Kelebihan sebagai penjawat awam, diberi peluang untuk menggunakan Waran Udara sekali setiap tahun untuk balik ke wilayah asal (Sarawak). Namun, kelebihan tersebut saya akan guna untuk balik ke kampung cuti sekolah hujung tahun nanti.

Itinerary AirAsia Balik Kampung Raya 2015

Saya sudah menempah tiket ‘promosi’ AirAsia untuk balik ke kampung raya tahun ini. Cuma cuti sekolah anak-anak kena ‘extend’ sedikit kerana terpaksa bercuti sekolah awal dari biasa.

Anak-anak memang sudah tidak sabar untuk balik ke kampung.

Categories
Keluarga

Bersediakah Menghadapi Gempa Bumi?

Baru-baru ini bumi Sabah digegarkan dengan kejadian gempa bumi berskala 5.9 skala richter yang berpusat di Ranau, Sabah. Pagi yang cerah dan tiada apa-apa tanda yang mencurigakan.

Perjalanan ke pejabat agak cepat kerana keadaan trafik yang kurang disebabkan cuti sekolah. Anak-anak semasa saya ke pejabat ada yang masih lagi tidur. Biasalah, bangun lewat sedikit semasa cuti sekolah.

Sesampai di pejabat, terus ‘punch in’ pada jam lebih kurang 7.20 pagi. Rakan-rakan pejabat lain kelihatan gelisah dan bergegas turun dari bangunan pejabat.

Saya kehairanan..

Seorang rakan memberitahu ada gegaran berlaku. Maksudnya gegaran tersebut adalah gempa bumi. Namun saya tidak merasai gegaran tersebut, mungkin kerana masih berada di atas motorsikal semasa ke pejabat. Kejadian gegaran pula berlaku pada jam 7.15 pagi.

Isteri menelefon memberitahu kejadian gegaran di rumah. Hati mula gelisah.

Alhamdulillah, isteri bertindak pantas membawa anak-anak ke kawasan lapang di kawasan perumahan. Isteri menunggu beberapa jam sebelum kembali ke rumah mengemas barang. Isteri sempat mengemaskan barang-barang penting dan segera dimasukkan dalam ‘boot’ kereta.

Pada sebelah petang, barulah isteri dan anak-anak kembali ke rumah.

Sejak kejadian itu, anak-anak seakan-akan trauma dan agak sensitif bila mendengar bunyi bising. Pandai pula mereka bersedia untuk keluar rumah.

Perkara yang jarang berlaku menyebabkan tiada persediaan langsung menghadapinya.

Bersedia Menghadapi Bencana Gempa Bumi

Untuk beberapa hari ini selepas berlaku beberapa gegaran susulan, barang-barang siap disediakan di tepi pintu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku lagi gegaran.

Categories
Keluarga

Kenangan Tali Pinggang Biru Taekwondo

Anak Ke Latihan Taekwondo Tuaran

Alhamdulillah..

Anak-anak sudah selesai ‘upgrading’ pertama tahun 2015. Kakak Amyra sudah tali pinggang biru manakala Hannah dan Mikail sudah tali pinggang Kuning.

Hannah dan Mikail tidak sabar nak guna tali pinggang baru. Tak suka lama-lama guna tali pinggang putih.

Tali pinggang biru yang Amyra pakai adalah tali pinggang saya semasa masih mengikuti latihan Taekwondo (ITF) hampir 15 tahun yang lepas. Saya memang menjaganya sebaik mungkin. Teringat pula masa lalu..