Categories
Keluarga

Sampel Percuma Lampin Pakai Buang Drypers Drynights

Sampel Percuma Lampin Drypers

Sejak menyertai komuniti dalam talian Kelab Drypers, banyak informasi mengenai keibubapaan, perkembangan anak-anak diperolehi. Mungkin agak janggal seorang bapa menyertai komunti yang majoriti keahliannya golongan ibu.  Bagi saya, ianya bukanlah masalah, sekadar untuk berkongsi idea dan bertukar pendapat. Isteri saya juga berkongsi akaun yang sama, sebarang pertanyaan yang berkaitan keibuan, isteri sayalah yang akan menjawabnya.

Selepas mendaftar keahlian di kelab ini, para ahli diberi cenderahati berupa beg galas. Saya sudah menerimanya.  Baru-baru ini diberi peluang oleh pihak kelab bagi 500 yang pertama untuk mencuba produk baru Drypers Drynights. Ahlamdulillah, saya juga baru menerima sampel tersebut. Tak rugi menyertai Kelab Drypers.

Kelebihan  Lampin Pakai Buang Drypers

  • Teras penyerapan yang panjang – Meyerap dengan efektif dan mengagih air kencing sehingga 12 jam untuk kekeringan yang berpanjangan.
  • Ekstrak 4 tumbuhan asli – Menggabungkan aloe vera, kamomil, ekstrak buah zaitundan vitamin E bagi mengekalkan kulit bayi agar sentiasa sihat dan segar.
  • Lapisan berliang udara 100% – Kekalkan kulit bayi agar sentiasa berasa nyaman dan bersih supaya bayi dapat tidur dengan lebih lama dan selesa.
  • Pelapik pinggang berelastik –  Mendakap pinggang bayi dengan begitu selesa walaupun bayi bergerak ketika tidur.

Secara saintifiknya telah terbukti bahawa tidur malam yang nyenyak adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang optimum.

Tawaran Sampel Percuma Kelab Drypers

  • Hanya satu sampel sahaja yang boleh diminta untuk seorang bayi bagi seisi rumah, dengan had 4 sampel sahaja boleh di minta di dalam tempoh 2 tahun.
  • Permintaan sampel berulang dari rumah & bayi yang sama di dalam tempoh 3 bulan tidak akan dilayan.
  • Permintaan sampel bagi bayi yang sama tetapi menggunakan alamat berlainan juga tidak akan dilayan.
  • Sah bagi ahli dengan alamat pos Malaysia sahaja.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Pemprosesan dan penghantaran sampel mengambil tempoh masa 4-6 minggu.
  • SCA Hygiene (Marketing) Sdn Bhd berhak untuk menangguhkan atau membatalkan program ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

 Anda boleh daftar jadi ahli dan tebus sampel percuma di sini.

Categories
Keluarga Pendidikan

Projek Menggunting Dan Menjahit Sendiri Tudung Sekolah Anak-Anak

Jahit Tudung Sekolah Sendiri

Tahun ini Hannah akan masuk sekolah tabika.

Persiapan sederhana sebelum anak-anak bersekolah minggu depan. Semua peralatan dan pakaian sudah disediakan awal cuti sekolah yang lepas kecuali tudung anak-anak sahaja yang belum dibeli.

Isteri saya terfikir untuk mencuba sendiri menjahit tudung sekolah anak-anak. Percubaan pertama, isteri cuma membeli 2 meter sahaja kain. Kain yang digunakan  dari jenis Jersey harganya RM3.50/meter dan dibeli di kedai kain Wah Yoon , Segama.

Kain yang dibeli dapat digunakan untuk membuat 4 helai tudung kanak-kanak. 2 tudung untuk Hannah dan 2 lagi untuk kakaknya Amyra.

Isteri saya bukanlah mahir sangat menjahit. Namun, semangat tinggi dia berjaya mengukur, menggunting dan menjahit tudung tersebut.

Bagi mendapatkan ukuran saiz tudung, isteri saya menggunakan tudung sekolah yang lama sebagai ‘template’. Saiznya ditambah sedikit memandangkan anak-anak semakin membesar.

Menjahit sendiri tudung memang lebih menguntungkan. Kos membeli boleh dikurangkan sedikit.

*Nota: Nufail pun sibuk nak cuba tudung kakaknya.

Categories
Keluarga

Kes Pecah Rumah Sendiri Kerana Anak Terkunci Dari Dalam

Kes Pecah Rumah

Insiden berlaku petang semalam, Nufail secara tiba-tiba menguncikan diri dalam bilik. Sebelum ini dia memang pandai membuka sendiri pintu yang dikunci. Cuma semalam dia tidak dapat memusing tombol pintu kerana tangan licin (lepas makan roti).

Pada mulanya kami tidak berapa panik kerana beranggapan anak kunci ada untuk membuka pintu tersebut. Bila dicari terjumpalah gugusan anak kunci. Dicuba satu-satu namun semuanya tidak dapat membuka pintu itu.

Pada ketika ini barulah mula panik dan Nufail juga sudah merengek (mungkin takut)..

Tiada cara lain, saya ambil tukul dan memecahkan pintu dengan memukul tombol pintu dari luar. Nasib baik, tombol pintu dapat dibuka dengan beberapa’ pukulan maut’..

Selepas itu, saya buka semua set kunci tersebut. Agak bahaya jika dibiarkan kerana ianya tajam dan kemungkinan anak-anak akan mencucuk jari dalam lubang tombol.

Pengajaran insiden ini, kena simpan anak kunci baik-baik selepas ini.

Categories
Keluarga Pendidikan

Memilih Mainan Anak-Anak, Mahu Yang Canggih Atau Tradisional?

Nufail Ninja

– Nufail ala-ala Ninja

Mainan kanak-kanak masa sekarang boleh dikatakan canggih-canggih belaka. Mainan berbentuk digital dan elektronik menjadi pilihan kanak-kanak sekarang.

Memang jauh berbeza dari 30 tahun lalu (zaman kanak-kanak saya). Saya dulu sangat suka bermain guli, layang-layang dan mandi sungai.

Pemilihan mainan sebenarnya bergantung kepada ibu bapa juga. Anak-anak yang masih kecil bukannya tahu apa. Apa yang diberi untuk dimain, itulah yang akan dimain mereka. Cuma apabila mereka meningkat besar, mereka akan pandai meminta dibelikan mainan.

Perlukah bermain bersama anak-anak?

Secara peribadi, jawapan saya adalah YA! Sesekali, seronok juga bermain dengan anak-anak.Main bersama bukan sahaja merapatkan hubungan kekeluargaan, selain itu kita boleh memberi panduan kepada mereka dan mengajar mereka bermain dengan betul.

Lebih-lebih lagi permainan tradisional. Walaupun permainan seperti congkak dan batu seremban mudah untuk dimainkan, tanpa panduan dan perhatian kita, ianya boleh membahayakan. Sebagai contoh, anak-anak membaling batu tersebut. Biasalah, adat bermain ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau sudah kalah, baling-membaling ni perkara biasa. Perlulah kita membimbing mereka cara bermain dengan betul.

Apa permainan yang sesuai untuk anak-anak?

Selain itu, permainan yang melibatkan kerjasama dan ujian ingatan/IQ juga menarik untuk dicuba. Permainan menyusun gambar (puzzle) atau menyusun mainan LEGO memang anak-anak suka. Anak lelaki saya, Mikail (6 tahun) memang sangat teruja kalau bermain LEGO. Memang teruji daya fikirannya. Biarpun lambat siap, dia berusaha juga menyiapkannya.

Bagi kakaknya pula, Amyra (8 tahun) lebih suka bermain Jutaria. Ada baiknya juga permainan ini kerana dia boleh belajar mengira dan belajar membuat keputusan.

Cuma selain memilih jenis mainan, perlu titik beratkan juga saiz mainan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang mainan. Adakah selamat untuk kanak-kanak? Mainan LEGO contohnya antara mainan yang agak berbahaya untuk kanak-kanak kerana saiznya ada yang kecil. Mudah untuk anak-anak terutamanya yang masih bayi untuk menggigit dan dimasukkan dalam mulut.

Jadi, terpulanglah kepada kita sebagai ibu bapa. Mana permainan yang sesuai dengan anak-anak, belilah dan biar mereka bermain. Samaada permainan yang canggih atau yang tradisional, semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Nufail Comel Tepi Pantai

Nufail yang usianya 2 tahun pula sangat suka main pasir.

Jangn lupa untuk memberi perhatian semasa anak-anak bermain.

Categories
Keluarga

Seronok Bila Melihat Anak Berselera Makan Nasi Ayam

Anak Suka Sup

Anak-anak semuanya ada tabiat makan masing-masing. Amyra dan Mikail  jenis tak kuat makan. Makan ala kadar sahaja. Hannah pula lain kerana dia memang suka makan. Tidak kisah sangat dengan jenis makanan. Untung kerana mereka tidak memilih untuk makan.

Siang tadi sempat membawa anak-anak makan Nasi Ayam kegemaran mereka. Masing-masing bersemangat nak makan. Seronok pula rasannya melihat teletah mereka.

Manakala Nufail lain pula kisahnya. Kalau makan memang suka kalau ada sup. Set nasi ayam memang disertakan denga sup. Apalagi, dia minum sup sampai habis dan tidak kisah orang yang melihatnya.

Dia sekarang memang suka makan sendiri. Tidak suka disuap.

Categories
Keluarga

Dialog Yang Lucu: Papa Nak Beli Van

Nufail Comel Tepi Pantai

Situasi dalam perjalanan pulang ke rumah menjemput Amyra balik dari Sekolah.

Papa    : Papa nak beli Van lah untuk keselesaan kita. Trade in sajalah Waja ni..
Mama    : Janganlah.. sayang Waja ni.
Papa    : Bukan sekarang, mungkin dalam 2-3 tahun nanti.. anak-anak semakin besar!
Mama    : Mana tahu kita ada rezeki lain untuk deposit. Bisnes kita maju ke?
Papa    : Amin..
Mama    : Kita ucap apa Amyra, Mikail, Hannah, Nufail??
Amyra    : Aminnnnn..
Mikail    : AAAminnn..
Hannah    : Ammminn..
Nufail    : Nnnnennenn..

… kesian Nufail kehausan..

Kredit gambar: FotoBesar

Categories
Keluarga

Balik Kampung Rumah Panjang Iban Di Roban, Sarawak

Saya berjiwa orang kampung. Saya sukakan bunyi ayam, itik dan kehijauan hutan.

Saya nak kongsikan gambar saya semasa berada di Rumah Panjang kampung isteri saya di Roban, Sarawak. Rumah panjang ini merupakan rekabentuk moden. Jangan risau, tiada seekor pun anjing di sana.

Perkongsian melalui akaun instagram saya.

Categories
Keluarga

Anakku.. Kamulah Racun.. Kamulah Madu

image

Begitu pantas masa berlalu..

Kakak dah darjah 2. Dugaan dengan pelbagai karenah anak-anak sukar diduga. Ada kala terlanjur juga jari menjentik telinga mereka.

Anak-anakku,

Kamulah racun, kamulah madu…

Bila semua sudah melelapkan mata, maka rindulah dengan riuh rendah mereka di siang hari.

Tanpa gelak ketawa kamu, sunyi pula dunia ini..

Posted from Samsung S3

Categories
Keluarga Pendidikan

Asas Solat Bagi Anak-Anak

image

Alhamdulillah..

Mikail tidak sukar untuk belajar asas solat seperti pergerakan dan bacaan. Cuma bila dimulakan dengan wudhuk, dia agak sedikit kekok.

Jika dilatih setiap hari, insyaallah semuanya akan menjadi biasa dan mudah.

Posted from Samsung S3

Categories
Keluarga

Memohon Lesen Perniagaan

image

Alhamdulillah..

Perniagaan isteri bertambah maju. Sasaran jualan harian telah tercapai.

Minggu depan isteri akan menghantarkan borang permohonan lesen perniagaan. Cuma masih belum ada lagi nama syarikat yang rasmi. Samaada hendak kekalkan nama Fatihah Homemade Cake & Cookies atau menggunakan nama lain.

Selain itu, isteri kena membuat pemeriksaan kesihatan. Ini adalah syarat wajib terutama perniagaan makanan.

Doakan kejayaan perniagaan kami ya.

Posted from Samsung S3