Categories
Blog Permotoran

Pengalaman Servis Kereta Sedut Minyak Hitam Dari Atas

Minggu lepas saya menghantar kereta di bengkel untuk servis biasa. Jadi saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan menukar minyak enjin atau minyak hitam kereta.

Memang menukar minyak hitam kereta adalah suatu yang  biasa, namun cara menukarnya mungkin membuatkan kita terkejut dan menggangap ia luar biasa.

Saya sudah berkereta selama hampir 10 tahun dan ini adalah kali kedua saya menggunakan servis sedutan minyak hitam. Ya, sedutan dari atas melalui lubang ‘deepstick’ enjin kereta.

Sebelum ini saya pernah sekali menggunakan cara sedutan minyak hitam dari atas semasa menukar minyak hitam kereta Proton Waja saya. Agak lama perkara ini berlalu dan minggu lepas saya menggunakan kaedah sedutan juga untuk kenderaan MPV pula.

Pada mulanya, saya tidak berapa setuju menggunakan kaeedah ini kerana ia agak baru bagi saya dan mungkin banyak kesan sampingan yang tidak diketahui. Sebelum kereta ditukar minyak hitam, sempat juga mencari maklumat mengenai kaedah ini di enjin carian Google. Tiada impak negetif dari pembacaan tersebut.

Selain itu, selepas mendengar penerangan dari pihak bengkel ternyata kaedah sedutan minyak hitam dari atas setanding dengan membuang minyak hitam dari bawah (buka nut oil sump) iaitu kaedah konvensional.

Sedut Minyak Hitam Kereta Dari Atas

Sedut Minyak Enjin Kereta

Satu perkara yang menarik mengenai kaedah sedutan ini, kita boleh melihat jumlah minyak yang disedut dari enjin kenderaan. Ternyata jumlah yang disedut hampir sama dengan nilai segelen minyak dari jenis  Liqui Moly Top Tec 4100 5W40 ( 4L ) yang digunakan sebelum ini. Nampak segala kotoran yang disedut keluar dari enjin.

Hampir 10 minit sedutan pertama dibuat, kemudian sedutan kedua pun mengulangi langkah yang pertama tadi. Ternyata, sedutan kedua masih ada sisa minyak yang disedut selepas berhenti seketika selepas sedutan pertama. Selepas proses sedutan minyak selesai, penapis minyak ditukar dan dikunci semula.

Saya menggunakan minyak pelincir dari jenis Liqui Moly Molygen New Generation 5W40 (4L) Fully Synthetic. Selepas hampir seminggu selepas menukar minyak hitam, prestasi kereta amat baik.

Sedut Minyak Enjin Kereta 2

Saya amat berpuas hati dan rakan-rakan boleh mencubanya.

Categories
Blog

Menghidupkan Semula Trafik Blog Yang Kurang

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dalam arena blogging.

Saya mula aktif blogging sejak tahun 2007 dengan menggunakan platform blogspot dan berubah kepada WordPress setahun kemudian. Saya mempunyai beberapa buah blog yang terdiri dari blog niche peribadi, pelancongan, perniagaan, direktori homestay dan beberapa lagi.

Saya dulu agak agresif blogging. Pendek kata saya ‘addicted’ untuk menaip dan berkongsi cerita di blog. Mungkin juga dulu penggunaan media sosial agak kurang berbanding sekarang. Menulis di blog pilihan saya ketika itu.

Namun sekarang, jika mahu berkongsi cerita cukup mudah dengan memuat naikkan gambar atau status di ‘wall’ Facebook atau Instagram. Sudah sememangnya ‘feel’ berkongsi cerita di blog dan media sosial berbeza.

Dulu, bila sudah dibina rangkaian blog dengan rakan blogger yang lain, secara tidak langsung rakan maya bertambah dan blog semakin dikenali. Trafik ke blog datang mencurah-curah kerana masing-masing dengan minat yang sama bertukar-tukar pendapat serta melawat blog rakan blogger yang lain (blogwalking).

Saya fokuskan kepada blog utama saya My.Mustaffa yang ber’niche’kan  pelancongan, makanan, fotografi di Sabah dan Sarawak.

Theme WordPress Mesra SEO 2
Trafik tahun 2011 – Pageviews mencecah 40k sebulan.

Mungkin trafik di atas tidak sehebat blog anda. Bagi saya ianya cukup memadai dengan keupayaannya menjana pendapatan sampingan. Saya pernah membeli beberapa barang hasil dari blogging termasuk mesin basuh LG (sekarang sudah rosak kerana masalah PCB kerana berlaku litar pintas).

Artikel berkaitan pendapatan dari blog boleh lihat di sini.

Theme WordPress Mesra SEO
Trafik semasa – dalam proses menambah trafik.

Cara Menambah Trafik Ke Blog

Sejujurnya, saya dalam proses menambah trafik ke blog. Kalau boleh saya mahu trafik blog lebih meningkat naik berbanding dari setahun ke belakangan ini.

Dalam masa seminggu bereksperimen dan nampaknya ada petanda positif. Jika diteruskan, blog saya boleh ‘hidup’ semula.

Jadi, saya menggunakan beberapa solusi yang biasa anda buat juga seperti;

Blogwalking.

Memandangkan blog rakan blogger yang dulu-dulu tidak wujud lagi, saya membina rangkaian baru dengan blogger baru dengan melawat blog mereka dan meninggalkan komen.

Menambah kandungan blog.

Saya menghasilkan 2 artikel sehari. Sebelum ini, artikel ini biasanya saya drafkan sahaja berkurun lamanya. Draf sehingga lupa diterbitkan.

Inshaallah akan saya buat sehingga tiada sambungan internet (balik kampung, sambungan internet sememangnya satu dugaan kerana signal lemah).

Kongsikan artikel di group Facebook.

Ping sana, ping sini.. Saya kongsikan artikel di group-group blogger selain mengharapkan trafik organik dari Google Search.

Tukar Theme Blog

Blog saya sebelum ini menggunakan theme Point v2.0.3 keluaran MyThemeShop. Saya sudah seminggu lebih bertukar kepada PointPro v2.0 yang mana lebih mesra SEO dan didatangi dengan beberapa ciri tambahan berbanding theme biasa.

Alhamduillah, blog saya lebih menarik (pada pandangan mata sayalah)..

Anda boleh dapatkan theme tersebut di sini!!

300x250

Sampai Bila Mahu Blogging?

Jawapan saya agak subjektif kerana mood blogging saya sekarang tidak menentu berbanding dulu. Kekangan masa dan ketandusan idea juga faktor utama menhalang sebuah artikel baru diterbitkan.

Inshaallah, saya akan blogging sampai bila-bila selagi ada duit untuk perbaharui yuran domain dan hosting. 🙂

Categories
Blog

Selepas Hampir 3 Tahun 4 Bulan Tak Cashout Nuffnang

Currency, Computer, Electronic Banking.
Currency, Computer, Electronic Banking. | Copyright: Vector Image by StockUnlimited

Bila menyebut soal pendapatan dari blog, memang saya akui pernah melalui zaman ‘mewah’ hasil dari blog. Nafsu untuk blogging memang kuat. Sehari tak menulis entri baru gelisah dibuatnya.

Namun, itu dulu..

Sekarang, situasinya berbeza.

Saya agak jarang blogging dan fokus lebih kepada kerja hakiki. Masa-masa terluang digunakan untuk bersama anak-anak dan isteri. Blog-blog yang saya ada hampir dilupakan dan jarang sekali ditambah entri baru.

Dulu, saya memang teruja untuk blogging. Mungkin disebabkan media sosial belum meluas penggunaannya ketika itu. Semuanya dikongsikan di blog. Secara tidak langsung, blog dikunjungi ramai pembaca dan seterusnya memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan sampingan melalui pengiklanan di blog.

Nuffang antara yang masih saya guna sehingga sekarang. Namun untuk blog ini sahaja. Blog-blog yang lain menggunakan platfom pengiklanan yang lain pula.

Selepas tiga tahun empat bulan..

Pendapatan Sampingan Dengan Internet Blog

Akhirnya saya boleh ‘cash-out‘kan lagi pendapatan sampingan bersama Nuffnang kerana amaun sudah melebihi RM50. Pendapatan dari blog ini agak kurang. Saya lebih fokus berkongsi info dan tidak menghiraukan trafik yang datang.

Memang lucu dan mungkin tidak berbaloi bagi anda. RM50 untuk tempoh tiga tahun. Bagi saya ianya memadai bagi sebuah blog ‘syok sendiri’.

Namun, beberapa blog saya yang lain setakat ini memberikan pendapatan yang baik kerana menjana pendapatan sampingan dalam matawang dollar Amerika (USD) secara konsisten.

Saya bercadang untuk menambah baik kandungan blog ini pada masa akan datang dan ingin mengembalikan zaman ‘mewah’ hasil dari blog.

 

Categories
Blog

Kredit Percuma RM200 Menang Peraduan Altel

Inilah kali pertama menang hadiah peraduan berupa kredit reload. Bagi saya kredit Altel sebanyak RM200 yang dimenang agak banyak kerana saya agak jarang membuat panggilan telefon dan penggunaan kredit bulanan saya tidak mencecah RM200.

Dengan tempoh sah kredit yang akan tamat pada 31/12/2016, ianya satu bonus. Tidak perlu nak menambahnilai kredit dalam masa  setahun lebih dan ditambah dengan bonus tempoh berbual percuma 50 minit dan 50 sms (bonus sah seminggu).

Peraduan #CiliCili – Objek Kecil & Comel

Pemenang Peraduan CiliCili ALTEL

Saya sebenarnya menyertai peraduan yang dianjurkan Altel ini sekadar suka-suka sahaja. Namun nasib menyebelahi saya kerana terpilih sebagai pemenang bersama-sama sembilan pemenang yang lain. Syukur..

Ada beberapa lagi peraduan yang dianjurkan Altel dengan ada hadiah yang mencecah RM1000 nilai kredit. Namun perlu mengikuti perkembangan terbaru Altel supaya tidak ketinggala untuk menyertai sebarang peraduan yang dianjurkan.

ADS: Reseller Altel

Kredit Percuma ALTEL

Categories
Blog

Inilah Hasil Dari Pendapatan Blogging Bulan Lepas

Vaacum Cleaner Panasonic Cocolo

Alhamdulillah..

Nampak juga hasil dari berblogging. Jika sebelum ini saya gunakan hasil pendapatan dari blog sekadar untuk membayar bil elektrik, hosting/domain dan langganan streamyx sahaja. Bulan ini rezeki dari blogging dengan syarikat I*n*ty lebih banyak dari bulan lepas.

Sudah lama sebenarnya berhajat untuk membeli vaacum cleaner, baru sekarang tercapai hasrat tersebut. Saya memilih

Bagless Vacuum Cleaner Cocolo MG-CL305

Kasihan juga melihat isteri membersih rumah berhabuk. Kalau saya sendiri, memang pantang kena habuk/debu, pasti tidak berhenti bersin dan akhirnya menjadi selsema.

Dengan adanya pembersih vakum ini, ringan sedikit bebanan kerja isteri di rumah. Saya sendiri pun boleh menolong mana yang mampu.

Categories
Blog

Bukti Pembayaran Affiliates Hotels Combined

Affliates Hotels Combined
Pembayaran minimum adalah $100 USD

Alhamdulillah..

Penyertaan dalam affiliates pada blog My.Mustaffa milik saya membuahkan hasil. Ini adalah kali pertama mendapat bayaran dari Hotels Combined. Nampaknya, ianya bukanlah scam.

Pembayaran komisen dibuat secara terus melalui akaun Paypal. Ianya mudah sahaja. Komisen ini boleh di’withdraw’ atau digunakan membeli barang dalam talian.

Syukur.. Ya, Allah!!

Categories
Blog Keluarga

Hasil Dari Pendapatan Iklan Blog

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Lama juga saya tidak menulis di blog ini. Memang agak sibuk akhir-akhir ini.

19/6/2012 yang lepas saya menerima bayaran iklan oleh pihak Innity. Syukur juga, kebetulan isteri saya sedang berbadan dua. Mesin basuh lama kami hampir setengah tahun sudah rosak.

Dengan duit yang saya terima, dapat juga menunaikan hajat isteri untuk memiliki mesin basuh baru. Banyak juga halangannya tadi. Kena ubahsuai sendiri intake pipe ke mesin basuh. Hos yang disediakan sangat pendek.

Kerja penyambungan wayar elektrik pula tidak sukar kerana wayar lama masih boleh digunakan.

Insyaallah.. Duit iklan bulan depan pula akan digunakan untuk membuat pasport ahli keluarga untuk melalui Brunei balik raya nanti.

Posted from WordPress for Android

Categories
Blog Keluarga

Pecah Rekod Pendapatan Empat Angka Dari Blog

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Misi 1K saya dan isteri bagi pendapatan melalui blog sudah tercapai pada bulan Mac yang berakhir semalam. Nilai yang dicapai lebih baik dari apa yang dijangkakan.

Saya mula mengajar isteri (seorang suri rumah) ilmu blogging yang saya tahu. Dia pun dah semakin minat dan cepat belajar.

Bulan Mac lepas memberi kekuatan kepada kami untuk terus bertahan merempuh dunia internet yang banyak persaingannya. Dropship dan affiliates juga memberi pulangan yang memberansangkan.

Kami banyak mengambil peluang dengan menggunakan Facebook dan Twitter bagi tujuan pemasaran terutamanya dropship.

Nampaknya kerjaya sebagai blogger akan menjadi titik permulaan kepada kami menceburkan diri dalam dunia pengiklanan dan pemasaran di internet dengan lebih serius.

Rajin berusaha pasti berjaya!!

Posted from WordPress for Android

Categories
Blog

Oh! 3G.. Please lah..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Masih lagi berada di kampung halaman. Seronoknya hidup di kampung.

Bila tiada internet, rasa kekampungan ini memang kuat terasa.

Ketiadaan signal 3G ada baik buruknya.

Baiknya dapat tumpukan masa dengan keluarga.

Buruknya, tugasan kerja online ada yang tertangguh.

Nasib baik masih ada signal EDGE. Dapat juga buat entri tanpa gambar ini.

Petang nanti nak ke reban ayam milik bapa. Nak menangkap beberapa ekor ayam kampung untuk disembelih. Malamnya pula dirancang untuk BBQ.

Walaupun 3G tiada, kehidupan mesti diteruskan.

Categories
Blog

kkplace.info – Directory And Event Listings

Alhamdulillah.

Baru sahaja lepas membeli domain http://kkplace.info/ sebentar tadi. Inilah kali pertama saya membeli domain dari provider oversea. Harganya agak murah iaitu cuma $2.99 sahaja. Harga renew pula nanti adalah $9.99 sahaja. Jika mahu dibandingkan, ia memang murah sedikit dari harga provider tempatan.

http://kkplace.info/ adalah antara projek eksperimen terbaru saya. Ia merupakan tempat untuk pengguna (khasnya di Kota Kinabalu) membuat rujukan direktori perniagaan, hotel, majlis-majlis dan sebagainya.