Categories
Gambar

Berapakah Nilai Sekeping Gambar?

Jika dinilai oleh mata biasa, nilai sekeping gambar adalah amat subjektif.

Adakalanya, seribu keping gambar yang dirakam tidak dapat melawan mahupun menyamai nilai tinggi cuma sekeping gambar.

Mengapa nilai sekeping gambar lebih tinggi dari seribu gambar?

Pada pendapat saya, ada beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti komposisi gambar, siapa jurugambarnya dan momen/masa gambar.

Pada entri ini saya lebih suka untuk merungkai nilai gambar yang dipengaruhi oleh momen. Sering kali kita mendengar ‘golden moment’ kerana momen itu tidak akan berulang lagi seperti hari perkahwinan kita. Cuma sekali seumur hidup. Mana mungkin untuk diulangi untuk kali keduanya.

Tidak seperti sambutan hari jadi, yang boleh disambut setiap tahun.

Baru-baru ini saya terakam gambar anak dan rakan-rakannya semasa kami berkhemah di Sabandar Beach Camping & Water Sport Site, Tuaran.

Categories
Gambar

Meninggalkan Dunia Fotografi DSLR Untuk Seketika

Saya memang minat seni fotografi sejak dari bangku sekolah lagi. Bermula dengan kamera filem dan memiliki kamera digital dari Fujifilm FinePix yang merupakan kamera digital pertama saya semasa latihan industri saya di Politeknik Kuching, Matang Sarawak.

Seterusnya, selepas bekerja saya membeli kamera jenis Digital Single Lens Reflex (DSLR) pertama saya Nikon D60 yang masih berfungsi sehingga ke hari ini. Selepas beberapa tahun bekerja, saya ‘upgrade’ kamera dari ‘beginner’ ke ‘Semi pro’ dengan membeli Nikon D7000 untuk mencapai kepuasan sendiri mengambil gambar.

Sepanjang menggunakan kamera, banyak ilmu fotografi telah dipelajari. Alhamdulillah, dengan sedikit kemahiran yang ada, artikel dan gambar saya diterima dan diterbitkan di akhbar tempatan. Manisnya kenangan.

Malangnya, kamera Nikon D7000 saya sudah mula menunjukkan kerosakkan dan perlu dihantar ke Nikon Centre untuk servis. Jadi, mood untuk bermain kamera semakin berkurangan.

Rentetan masalah itu, hari ini saya mengambil keputusan untuk meninggalkan sementara dunia fotografi DSLR dan menjual segala aksesori seperti lens, speedlight, trigger & recevier yang ada kerana saya juga memerlukan tunai segera. Nikon D7000 saya akan simpan sahaja dulu dan ada rezeki nanti barulah dihantar untuk servis. D60 pula saya akan simpan masuk ‘muzium’.

Oh ya, tunai segera yang saya maksudkan adalah dana untuk projek hartanah secara kecil-kecilan (rumah sewa).

Rumah yang saya beli baru-baru ini akan saya jadikan rumah sewa dan perlukan kerja pembaikan. Maka, dana untuk tambahan untuk pembaikan ini diperolehi dari hasil jualan perkakasan kamera saya.

Permintaan rumah sewa agak baik kerana terletak di kawasan ‘hot’ Unimas, Uitm Samarahan, Intan Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan beberapa tarikan lain. In sha Allah.. ‘positive cash flow’..

Aputure Trigmaster antara yang dijual.
Aputure Trigmaster antara yang dijual.

Setakat ini sudah mencapai sasaran kewangan untuk projek tersebut. Beberapa aksesori kamera masih lagi  mencari pemilik baru.

Untuk menghilangkan rindu dengan dengan dunia fotografi, cukuplah sekadar menggunakan telefon bimbit dan kemasikini gambar di akaun instagram saya.

Selepas semuanya stabil, saya bercadang akan kembali semula dengan gear baru lebih kompak.

In sha Allah..

Mirorrless..

Amin..

Categories
Gambar

@fatihahchuan – from Instagram

Categories
Gambar

#ranau – from Instagram

Categories
Gambar

Double!!! #makansabah – from Instagram

Categories
Gambar

Alas perut .. tq @mayawahida – from Instagram

Categories
Gambar

Selamat pagi #lahaddatu – from Instagram

Categories
Gambar Keluarga

Selamat Hari Lahir Isteriku

image

Tanggal 13 September merupakan tarikh yang sudah pasti tidak akan dilupakan. Hari ini isteri tersayang melangkau usia 26 tahun. Beliau sedang mengandungkan anak kami yang ke-4.

Semoga Allah swt merahmatinya dan keluarga kami.

Posted from WordPress for Android (S3)

Categories
Gambar Permotoran

Panduan Keselamatan Tayar Kenderaan

image

Posted from WordPress for Android

Categories
Gambar Umum

Pentingnya Kualiti

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Rupanya masih ada wujud lagi bedak Holiday On Ice ni..

Kali terakhir saya guna masa sekolah rendah dulu. Baunya tetap sama. Cuma botolnya sekarang adalah plastik.

Anak saya suka guna bedak ini. Sejuk katanya.

Kalau sesuatu produk tu berkualiti, biar beratus tahun pun kewujudannya, pasti masih ada yang akan guna. Boleh jadi produk kegunaan dari beberapa generasi.

Posted from WordPress for Android