Categories
Kerja

Lamanya Tak Ke Semenanjung Malaysia

Alhamdulillah, minggu lepas saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015. Suatu penghargaan yang tidak ternilai bagi saya. Hampir 8 tahun berkhidmat dalam sektor awam, inilah kali pertama menerima APC.

Majlis APC KKLW 2015
Sebelum Majlis APC KKLW 2015 – Dewan D2, MAEPS, Serdang

Jika tidak kerana APC ini, lama sudah saya tidak menjejak kaki ke tanah semenanjung. Rasanya kali terakhir pada 2013 yang lepas. Tujuan semata-mata atas urusan kerja sahaja.

Banyak terimbas kembali kenangan semasa saya bertugas di semenanjung. Walaupun jangka masa mencecah lapan tahun, semuanya seperti baru sahaja semalam berlaku.

Pembangunan pesat terutamanya di kawasan kediaman saya ketika itu (Seri Kembangan), amat jauh berbeza dengan sekarang. Dulu cuma ada AEON Taman Equine, sekarang sudah ada Giant dan saya paling tertarik dengan The Atmosphere.

Penginapan saya semasa sepanjang majlis APC adalah Hazzana Boutique & Hotel dan kira-kira 7km ke MAEPS.

Saya menggunakan perkhidmatan atas talian GrabCar. Amat mudah menggunakan aplikasi Grabcar terutama bagi pelawat macam saya yang tidak mahir dengan jalan-jalan di sana. Anda boleh guna muat turun aplikasi GrabCar di sini

Saya sempat juga singgah di Mitsui Premium Outlet sementara waktu menunggu masa berlepas balik ke Kota Kinabalu.

Perjalanan saya dipermudahkan dan selamat pergi dan selamat kembali.

Categories
Kerja Santai

Singgah Di Dusun Buah-Buahan Di Kg. Tambulaong, Tamparuli

Selasa lepas saya ke Kampung Tambulaong yang terletak di Daerah Tuaran. Tujuan ke sana adalah atas urusan kerja iaitu membuat siasatan permohonan projek paip graviti untuk penduduk kampung. Atas jemputan tuan JKKK Kg. Tambuloang Tuan Kungin Lout, saya dan rakan sekerja singgah di dusun buah-buahan miliknya.

Memandangkan sekarang musim buah-buahan hampir di setiap daerah di Sabah, daerah Tuaran tidak terkecuali khususnya di Kampung Tambulaong ini. Mengikut pandangan mata kasar saya, kawasan perkampungan ini sangat subur kerana banyak  pokok buah-buahan ditanam dan berbuah dengan banyak.

Pokok rambutan antara pokok yang banyak dengan buahnya berwarna merah dan kuning masak ranum. Selain itu, terdapat buah manggis, tarap, durian dan beberapa buah-buahan lain.

Saya suka makan buah rambutan di sana. Buah rambutannya ada dua jenis iaitu rambutan kelapa berwarna merah dan kuning dan rambutan tanpa biji bewarna merah. Rambutan tanpa biji rasanya sedikit masam.

Nasib kurang baik kerana musim durian di kampung ini menghampiri penghujungnya. Jadi, tak merasalah buah durian di sini.

Menurut tuan Pengerusi JKKK, buah-buahan dari dusun miliknya dipajak kepada saudaranya yang menjual di gerai buah-buahan Tamu Pekan Telipok.

Terima kasih kepada tuan Pengerusi JKKK kerana saya sendiri sudah lama tidak ke dusun seperti ini. Terimbau kembali kenangan dahulu kala semasa masih kecil. Seronok bersama sepupu ke dusun memetik buah-buahan.

Categories
Kerja Perniagaan

Daftar Lesen Kontraktor- Pendaftaran Baru Kontraktor G1 Bumiputera

Pendaftaran Baru Kontraktor G1 Bumiputera

Pemakluman bahawa permohonan Pendaftaran Dibuka Mulai 1 Jun 2015 Sehingga 31 Disember 2015 dan permohonan hendaklah dikemukakan di Pejabat ‘Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU) Cawangan Negeri’.

Untuk maklumat lanjut sila klik :

-Brosur: http://goo.gl/duymaE

-Senarai semak Permohonan Taraf Bumiputera: http://goo.gl/WgwgHn

-Borang Permohonan Taraf Bumputera: http://goo.gl/OmWFnr

-Borang Permohonan perakuan pendaftaran kontraktor (PPK) & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK): http://goo.gl/5f7Fho

Sila hubungi talian CARELINE CIDB di 1-300-88-2432(CIDB) atau menerusi sistem e-bantuan kami ebantuan.cidb.gov.my atau email kepada kami di cidb@cidb.gov.my jika terdapat pertanyaan, aduan, cadangan dan maklumbalas.

Untuk maklumbalas sms:
CIDB<jarak>ebantuan<jarak>maklumbalas anda dan hantar ke 15888

Terima kasih

Ikuti CIDB di laman sosial-
Facebook : CIDBOfficial
Twitter : CIDB_Official
Instagram : cidbmalaysia

Categories
Kerja Pendidikan

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) Kemas Tahun 2014

Jawatan-Kosong-Jabatan-Kemajuan-Masyarakat-KEMAS

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/ TASKA) KEMAS TAHUN 2014 YANG DIBUKA MULAI 16 Jun hingga 27 Jun 2014.

Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan sebelum memohon dan mengisi borang bagi iklan Tawaran Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika / Taska) KEMAS Tahun 2014.

Categories
Kerja Kesihatan

Makan, Makan Dan Makan Semasa Out-Station

image

Malam ini saya bermalam di Keningau. Seperti juga sebelum ini, biasa makan malam di Restoran Dreamland, Keningau.

Bila dah out-station, nafsu makan agak sukar untuk dikawal.

Singgah mana-mana tempat, pasti nak makan atau paling tidak pun singgah minum.

Selepas balik dari out-station, memang terasa pertambahan berat badan.

Posted from Samsung S3

Categories
Kerja

Setiap Langkah Yang Selamat

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Misi mencari kasut yang sesuai dengan kerja di tapak pembinaan dan sering melakukan aktiviti lasak sudah berakhir.

Jumpa juga kasut yang memenuhi keperluan.

Setiap langkah lebih selamat dan rasa selesa.

Posted from WordPress for Android

Categories
Kerja

Syukur Dengan KurniaanMu

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sukar sangat mengucap syukur? Ianya mudah sahaja.

Minggu lepas saya ke Kota Marudu. Saya terjumpa sebuah kampung yang agak daif penduduknya.

Mengharapkan sumber pendapatan dari pertanian dan menangkap ikan secara kecil-kecilan sahaja.

Bila direnung kembali, saya amat bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang.

Perjalanan kerja saya bertemu masyarakat luar bandar dari pelbagai peringkat banyak memberi erti sebenar sebuah kehidupan.

Posted from WordPress for Android

Categories
Kerja

Tugasan Di Semporna Sudah Berakhir

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seminggu berkampung di Semporna dan malam tadi selamat tiba di Kota Kinabalu. Amat mencabar memandu di dalam hujan yang agak lebat di samping bertemankan gelap malam.

Hari ni saya nak rehat. Malas rasanya nak memandu.

Posted from WordPress for Android

Categories
Kerja

Habuan Dari Affiliates Setiap Hujung Bulan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Memang tidak dapat dinafikan, persaingan dalam permasaran produk di internet amat sengit. Namun, kita tidak harus mengalah begitu sahaja.

Saya mula serius ‘bermain’ affiliates ini pada awal tahun ini. Pada mulanya, saya putus asa kerana gagal membuat sebarang jualan walaupun promosi bagai nak rak!

Apabila saya berjaya menjual produk affiliates yang pertama saya, saya terus bersemangat dan terus dengan affiliates ini sehingga sekarang.

Bagi saya, niche produk juga kita kena ketahui dan sasaran pembeli kita kena ada. Dengan membina fanpage di Facebook, kita boleh mengumpul ‘genuine follower’ yang mana berpotensi membeli produk yang kita jual. Saya setuju dengan artikel yang pernah saya baca di internet iaitu semakin banyak trafik dan pengikut terutamanya di Facebook, semakin baik peluang kita menjual.

Saya pernah mencuba pos gambar di Facebook dan tag kepada rakan-rakan. Ianya amatlah tidak sesuai untuk diamalkan. Silap langkah, satu-persatu rakan kita akan ‘unfriend’ kita di Facebook.

Untuk bulan April, saya mensasarkan jualan yang lebih banyak dari affiliates dan dropship. Semoga pembantu saya (isteri tersayang) sudi mencurahkan tenaga terutamanya semasa waktu pejabat (saya bekerja sepenuh masa) untuk menerima tempahan dan pengurusan pembayaran.

Jika ada peluang mengikuti program affiliates yang menarik, jangan lepaskan peluang yang ada. Kalau berusaha, pasti ada kejayaan yang menunggu.

Categories
Kerja

Bayaran Pertama Artikel Di Berita Harian

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya baru perasan bila mendapat penyata bayaran artikel yang telah diterbitkan di akhbar untuk bulan lepas.

Seronok jugalah kerana dapat duit dan kepuasan bila artikel diterbitkan di akhbar.

Walaupun penulisan di blog dan akhbar hampir sama, namun ilmu kewartawanan perlu ditambah.

image

Banyak lagi kena belajar untuk menghasilkan artikel yang lebih  berkualiti.

Posted from WordPress for Android