Categories
Kerja

Mengurangkan Komitmen Untuk Hidup Lebih Berkualiti

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya membuka lembaran 2012 dengan menginginkan hidup yang lebih berkualiti. Jika sebelum ini saya sibuk dengan projek dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.

Sekarang, masa saya bersendirian dengan komputer telah dapat dikurangkan. Masa saya sekarang lebih banyak untuk bersama-sama famili.

Masa tidur saya lebih panjang dan stress juga berkurangan. Walaupun stress sebelum ini mendatangkan duit dengan pelbagai projek, namun ianya memberi impak buruk kepada diri saya sendiri terutamanya untuk jangka masa yang panjang.

p/s: saya baru tahu, stress antara sebab kena gastrik.. hurmp…

Posted from WordPress for Android

Categories
Kerja

Ringkasan Ucapan PM Mengenai SBPA

image

Posted from WordPress for Android

Categories
Kerja

SBPA Dibatalkan

image

Posted from WordPress for Android

Categories
Kerja Umum

Hujung Minggu Aku

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya bercuti dengan baki cuti ganti sehari bulan lepas.

Semalam berseronok bersama anak-anak bermandi-manda di tepi pantai.

Hujung minggu yang memang penuh dengan aktiviti.

Sabtunya, saya menyertai Pertandingan Bowling antara agensi KKLW anjuran Giat Mara.

Seronok juga bersukan sebegini. Kenal lebih ramai kawan baru.

Sukan paintball pula antara sukan yang saya tunggu-tunggu..

Posted from WordPress for Android

Categories
Kerja

Artikel Kedua Di Berita Harian

image

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini artikel kedua saya disiarkan di Berita Harian edisi Sabah. Memang rasa teruja dan tidak sabar untuk menghantar artikel yang seterusnya.

Posted from WordPress for Android

Categories
Kerja

Bonus Berganda

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seronoknya berada di kampung. Musim buah sedang berlangsung.

Keseronokan ini ditambah dengan bayaran tambahan RM500 bulan ini. Selain itu, beberapa tuntutan bayaran bakal diterima juga hujung tahun ini. Memang berganda. Syukur pada Yang Maha Esa.

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia dah ada diisi. Tetapi belum sempat nak hantar. Bonus lagi..

Categories
Gambar Keluarga Kerja

Kisah 2 Minggu Antara Keluarga & Kerja

Sejak akhir-akhir ni banyak betul dugaan yang menimpa diri aku. Namun semuanya dapat diselesaikan. Alhamdulillah…

Sepanjang minggu aku lebih kerap update status dengan twitpic dan Celcom Facebook

16 – 22 November 2009

Kisah minggu lepas lebih banyak berkaitan dengan famili sahaja.

Minggu ni Mikail berusia 7 bulan (19 November). Mikail sekarang dah tumbuh gigi atas juga. Mikail semakin aktif dan aku tengok mula belajar merangkak dan duduk.

DSC 6512

Categories
Keluarga Kerja

Aku Kepenatan Hari Ini

P5071431

Hari ini..

Aku ke Kiulu, Tuaran & Kota Belud untuk sebutharga semula ‘Projek Sakit’ Tabika KEMAS. Projek ni dah di’award’ kepada kontraktor lebih setahun yang lepas. Tapi tak siap kerana kontraktor lepas tangan/cabut lari/putarbelit… Jadi, nak buat macam mana? ‘BLACKLIST’lah jawabnya! Padan muka korang kontraktor-kontraktor durjana.. Kesian anak-anak kampung menunggu Tabika yang diharapkan tapi tak siap-siap. Esok pulak ke Daerah Ranau untuk tujuan yang sama. Projek Sakit ni pernah masuk paper Berita Harian Sabah/Sarawak¬† Jumaat lepas..

Hari ini..

Aku rasa sangat penat! Perjalanan yang jauh dan kepanasan sang mentari cukup mencabar! Inilah dugaan bekerja di bulan puasa. Sepanjang perjalanan (200km++).. aku sempat melelapkan mata¬† dan didingini penyaman udara kereta ‘Prado King’ yang sememangnya cukup dingin. Keluar dari pejabat pukul 8 pagi dan sampai di pejabat semula jam 4.30 petang.. Nasib baik pergi kerja naik motor kapcai aku tu.. kalau naik kereta.. berbuka puasa seperti semalamlah jawabnya. Berbuka puasa di dalam kereta..

Hari ini..

Mikail ke klinik. Ada monthly appointment dengan doktor. Berat Mikail sekarang 6.3kg.. Isteri aku yang menghantar anak aku ke klinik. Sejak akhir-akhir ni aku sibuk dengan kerja. Nasib baik isteri aku pandai memandu. Aku semakin yakin dengan kecekapan isteri aku memandu kereta. Al-maklumlah.. muka bumi di tempat tinggal aku ni… bergunung ganang.

Hari ini…

Aku menerima emel ini..

Tempat Pertama

– Handphone Nokia 1650 bernilai RM 189
– Hotlink Sim Card bernilai RM 8
– Voucher Mc Donald bernilai RM 50
– Kupon Diskaun Pakej RahsiaPromosiPercuma bernilai RM 20
– Kupon Diskaun eBook Panduan Banner bernilai RM 20
Spesifikasi handphone Nokia 1650
http://www.nokia.com.my/find-products/all-phones/nokia-1650

Tempat Kedua

– Handphone Nokia 1202 bernilai RM 135
– Hotlink Sim Card bernilai RM 8
– Voucher Mc Donald bernilai RM 20
– Kupon Diskaun Pakej RahsiaPromosiPercuma bernilai RM 15
– Kupon Diskaun eBook Panduan Banner bernilai RM 15
Spesifikasi handphone Nokia 1650
http://www.nokia.com.my/find-products/all-phones/1202

Tempat Ketiga

– Voucher Mc Donald bernilai RM 20
– Kupon Diskaun Pakej RahsiaPromosiPercuma bernilai RM 10
– Kupon Diskaun eBook Panduan Banner bernilai RM 10

BERMINAT, KLIK SINI!

Hari ini..

alah cukup lah.. esok sambung lagi..