Categories
Kesihatan

Cabar Diri Menawan Puncak Bukit Botak, Sepanggar

Hujung minggu lepas kami sekeluarga melakukan aktiviti yang agak lasak isitu mendaki bukit. Perancangan mendaki bukit ini sudah agak lama cuma kesempatan masa tiada. Kebetulan hujung minggu lepas tiada aktiviti, kami meneruskan rancangan kami.

Memang banyak bukit sekitar Kota Kinabalu yang boleh didaki seperti Bukit Perahu, Bukit Tirig, Bukit Kopungit, Bukit Botak dan beberapa bukit yang lain.

Kali ini kami memilih untuk mendaki Bukit Botak (juga dikenali dengan nama Bukit Gondol) dan pendakian kami bersama team jurulatih Kelab Taekwondo MBV Tuaran. Lokasi bukit ini berhampiran UITM Kota Kinabalu.

Mendaki Bukit Botak Sepanggar, KK (7)
‘Supermom’ berusaha ke puncak.

Semasa masih remaja, saya dan isteri pernah mendaki gunung bersama. Kami memang suka cabaran dengan aktiviti lasak seperti berkhemah, merentas hutan, berkayak selain mendaki bukit/gunung.

Mendaki Bukit Botak Sepanggar, KK (2)
Berat Nufail 20kg.

Cabaran kali ini ditambah dengan penyertaan anak-anak. Nufail yang berusia 3 tahun antara ‘bebanan’ yang perlu diangkat naik dan turun.

Soal keselamatan memang dititikberatkan. Anak-anak memang teruja dengan aktiviti ini dan mereka mempunyai tahap kecergasan yang tinggi berikutan latihan taekwondo yang mereka jalani 4 kali seminggu.

Mendaki Bukit Botak Sepanggar, KK (1)
‘Supermom’berjaya menawan puncak.

Saya turut berbangga dengan semangat cekal isteri kerana mampu sampai ke puncak bukit walaupun sesekali pernah terlintas untuk menyerah kalah.

Kami mengambil masa hampir 1 jam untuk naik dan 1 jam untuk turun.

Mendaki Bukit Botak Sepanggar, KK (5)
Cabaran menuruni bukit.
Mendaki Bukit Botak Sepanggar, KK (4)
Coach Josephine dan Nufail

Coach Josephine turut membantu membawa Nufail semasa menuruni bukit.

Mendaki Bukit Botak Sepanggar, KK (6)
Pemandangan atas puncak Bukit Botak Sepanggar, KK
Mendaki Bukit Botak Sepanggar, KK (9)
Berjaya ke puncak bukit.
Mendaki Bukit Botak Sepanggar, KK (3)
Scene paling best. Gambar oleh isteri.

Video ‘Live” di puncak Bukit Botak, Sepanggar.

Categories
Keluarga Kesihatan

Berhujung Minggu Bersama Keluarga Di Kejohanan Taekwondo 1st MBV

Hujung minggu lepas kami habiskan masa bersama dengan berkampung di Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu. Anak-anak turut menyertai kejohanan taekwondo iaitu 1st MBV Invitational Taekwondo Sabah Championship 2016.

Anak-anak mewakili kelab mereka MBV Tuaran.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (4)
Anak-anak memanaskan badan

Acara yang berlangsung selama tiga hari sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada anak-anak. Amyra, Mikail dan Hannah teruja untuk ‘berlawan’ di gelanggang.

Mikail masih belum mencapai tahap sebenar dan bersedia untuk berlawan. Dia masih terbawa-bawa sikap tidak bersedia dan akhirnya tewas pada peringkat awal. Namun, dia menerima kekalahan tersebut dan berazam akan menyertai lagi kejohanan tersebut pada masa akan datang.

Hannah pula memenangi pingat gangsa dan dia masih di antara peserta yang termuda. Walaupun kecil, namunĀ  semangatnya tetap besar.

Amyra pula seperti yang diramal menjuarai kategori Kyorugi Female -Welter. Kemenangan yang bergaya dengan mata 16 berbalas 0.

Amyra dan Hannah amat gembira kerana mendapat pingat kemenangan.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (3)
Hannah (Kategori Fin) & Amyra (Kategori Welter)

Selepas tamat acara, anak-anak minta belanja KFC. Mereka gembira , saya dan isteri turut gembira. Hujung minggu kami penuh makna kerana dapat diluang masa bersama-sama.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (2)
Kami gembira.
Categories
Keluarga Kesihatan

Sampel Lampin Huggies PERCUMA Untuk Bayi Anda

Lampin Huggies Percuma

Bagaimana cara untuk mendapatkan sampel percuma lampin?

Sila lihat video di bawah dan tekan ‘Get a FREE Sample’ pada video.


Categories
Keluarga Kesihatan

Berjoging Di Perdana Park Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Joging Di Perdana Park Tanjung Aru (3)

Musim cuti sekolah datang lagi.

Anak-anak tidak ada sebarang permintaan untuk jalan-jalan bercuti setakat ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak yang aktif bersukan, memang ‘cuti seminggu’ minggu lepas dari latihan Taekwondo membuatkan mereka bosan.

Mikail terkena demam campak dan alhamdulillah sudah pulih 80%. Dia bersemangat juga untuk berlari walaupun pada asalnya dia malu kerana parut campak tu masih jelas kelihatan. Saya cuma menggunakan lendir lidah buaya (aloe vera) untuk mengubat parut demam campaknya.

Joging Di Perdana Park Tanjung Aru (2)
Anak-anak memang ‘expert’ dalam bab panaskan badan sebelum berlari. Biasa dengan latihan Taekwondo.

Memang agak lama sudah kami tidak beriadah bersama-sama begini. Kalau ikutkan rancangan, memang setiap pagi Ahad kami akan joging bersama-sama. Namun, sering terlepas kerana terlajak tidur di hujung minggu.

Pada asalnya, kami mahu ke trek joging Tanjung Lipat sahaja. Selepas bertukar fikiran, kami terus ke Perdana Park yang terletak di Tanjung Aru, Sabah.

Joging Di Perdana Park Tanjung Aru (1)
Seronok mereka bermain serta pengunjung juga tidak ramai.

Selepas anak-anak puas joging dan bermain di taman permainan, kami jalan-jalan ke Tamu Ahad Jalan Gaya (Gaya Street Sunday Market).

Kami balik dengan kepenatan pada sebelah tengah hari. Anak-anak seronok jalan-jalan..

Categories
Keluarga Kesihatan

Lampin Percuma Dari Drypers Points Shop

Pampers Percuma Point Shop

Sebelum ini saya ada berkongsi artikel menebus mata Drypers Club/Dryers Points Shop. Lampin yang saya tebus telah selamat sampai dua minggu lepas.

3 bungkus lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry saiz XXL dengan isi 8 keping setiap bungkus cukup untuk seminggu. Jimat sedikit belanja lampin anak untuk bulan ini.

Buat masa ini, saya sedang mengumpul lagi mata untuk tebusan yang akan datang. Rugi tak menebus kerana ianya mudah sahaja.

Bagi yang tak tahu tu, boleh ke web Drypers Club Malaysia.

Categories
Keluarga Kesihatan

Penyertaan Kali Ke-2 Anak-Anak Di Kejohanan Taekwondo Sabah 2015

Kejohanan Taekwondo Remaja Dan Terbuka Sabah 2015 Di Ranau

Dalam artikel sebelum ini saya ada kongsikan pembelian barang kelengkapan Taekwondo untuk anak-anak. Pada 17 Disember 2015 yang lepas, kami sekeluarga ke Ranau semula untuk kali kedua.

Kali ini, Amyra, Mikail dan Hannah menyertai kejohanan ini. Bagi Mikail dan Hannah, ini adalah kejohanan pertama yang mereka sertai dan lebih kepada ‘sesi pengenalan’ ke peringkat yang lebih tinggi.

Amyra pula ini adalah penyertaan kali kedua dia selepas tewas pada kejohanan yang pertama di lokasi yang sama Kompleks Sukan Ranau pertengahan tahun 2015 yang lepas.

Pada kejohanan kali ini, Mikail dan Hannah tewas pada peringkat awal manakala Amyra menebus kekecewaannya dengan memenangi Pingat Emas acara Kyorugi 9-11 tahun.

Berbaloi mereka berlatih dengan keberanian mereka menyertai kejohanan ini. Secara keseluruhannya kejohanan ini dijuarai oleh Pasukan MBV (Master Barry Voon).

Mendengar pesanan dan tunjuk ajar dari Coach Joseph Kung (MBV Tuaran)
Mendengar pesanan dan tunjuk ajar dari Coach Joseph Kung (MBV Tuaran)
Hannah dan Anyra bersedia untuk acara Kyorugi
Hannah dan Amyra bersedia untuk acara Kyorugi
Sesi memanaskan badan sebelum berlawan
Sesi memanaskan badan sebelum berlawan
Bergambar di Kundasang
Bergambar di Kundasang

Gambar-gambar lain boleh dilihat di Facebook dan Instagram saya.

Categories
Kesihatan

Membeli Kelengkapan Sparring Taekwondo Secara Online

Barangan Untuk Sparring TaeKwondo WTF Malaysia Adidas

Sebelum ini Amyra ada mengikuti pertandingan Taekwondo di Ranau. Hujung bulan 12 nanti dia sekali lagi akan bertanding di arena yang sama.

Bagi menyokong penglibatannya dan memberi semangat, saya hadiahkan dia satu set kelengkapan perlindungan diri untuk dia gunakan pada pertandingan yang akan datang. Kelengkapan ini juga boleh digunakan Mikail dan Hannah juga.

Dia kini tali pinggang merah dan sedikit masa lagi akan ke tali pinggang hitam.

Itulah impian saya satu ketika dulu, saya juga ingin sampai ke tali pinggang hitam. Namun kesihatan membatasi segalanya. Kecederaan lutut akibat kemalangan belum sembuh sepenuhnya.

Oh ya, saya membeli kelengkapan ini dari laman beli belah dalam talian iaitu lelong.com.my.

Hampir semua kelengkapan seni mempertahankan diri dijual di sana.

Apa yang menariknya, harga boleh dibincangkan terutama kos pos. Pihak pembekal memberikan diskaun kepada saya dan saya berpuas hati.

Categories
Kesihatan

Selepas 3 Minggu Berehat Dari Latihan Taekwondo

Latihan Taekwondo Tuaran

Selepas 3 minggu berehat dari latihan Taekwondo, malam tadi saya mengikuti latihan semula. Mungkin kerana stamina yang tidak kuat dan kaki masih sakit kerana cedera jatuh motor. Saya teruskan latihan walaupun rasa sangat penat.

Dari pandangan mata, langit yang mendung kelihatan seperti berbintang. Saya cuba kembali stabilkan keadaan dengan menarik dan menghembus nafas. Ianya sedikit sebanyak memberi kesan positif.

Pada usia yang semakin meningkat, memang cepat sangat penat.

Sepanjang berehat di rumah, saya cuma melakukan ‘plank’, ‘skipping exercise’ dan ‘crunch exercise’ sahaja.

Insyallah, bulan Ogos nanti saya berhajat untuk turut serta dalam pertandingan Taekwondo Terbuka Sabah.

Categories
Kesihatan

Dobok Baru Dan Semangat Baru Selepas 15 Tahun

Dobok Uniform Taekwondo WTF Murah

Setelah hampir 15 tahun meninggalkan arena seni bela diri Taekwondo, malam ini saya secara rasminya menyertainya semula.

Saya membeli uniform taekwondo (dobok) yang baru, sesuai dengan semangat baru saya untuk menggapai tali pinggang hitam yang sudah lama diidamkan.

Latihan pertama amat memenatkan dan perlu ‘refresh’ semula apa yang pernah dipelajari satu ketika dulu.

Isteri dan anak-anak turut memberi semangat untuk saya bersama-sama mereka ber’taekwondo’.

Oh ya! Uniform taekwondo (dobok) yang saya beli dari jenama Warrior yang bersaiz 190cm dan berharga RM150. Ianya juga boleh dibeli secara dalam talian.

Categories
Kesihatan

Membeli Kelengkapan Sukan Taekwon-Do Secara Online

Adidas Mouth Guard Pegasus Junior 2

Hujung bulan ini Amyra akan mengikuti pertandingan pertamanya dalam kategori Free Sparring. Jadi, dia sekarang senang mengikuti latihan secara intensif bersama rakan-rakannya yang lain di Kelab TaeKwondo Tuaran.

Selain persediaan fizikal dan mental, beberapa kelengkapan perlindungan diri perlu disediakan. Peralatan perlindungan diri untuk luaran seperti perlindungan kepala, kaki dan lengan tiada menjadi masalah kerana ianya dikongsikan bersama. Namun, untuk perlindungan mulut faktor kebersihan perlu dititikberatkan.

Jadi, saya cuba mencari beberapa kedai online yang menjual peralatan sukan seni bela diri, dan terjumpa Pegasus Martial Arts Supplies. Syarikat ini boleh dikatakan menjadi pembekal kepada segala jenis sukan bela diri seperti TaeKwondo, Karate, Silat, Aikido, Judo dan beberapa yang lain.

Adidas Mouth Guard Pegasus Junior

Saya membeli Adidas Mouth Guard (Junior) untuk Amyra dengan harga RM38.00 termasuk kos pos. Barang sampai dalam masa 3 hari dan saya berpuas hati. Kiriman disertakan dua poster Taekwondo (Daedo) dan pelekat secara percuma.

Layari : http://pegasus.martialarts.com.my