Categories
Keluarga Pendidikan

Pendedahan Permainan ‘Indoor’ Untuk Anak-Anak

Pada masa sekarang, anak-anak lebih terdedah dengan permainan elektronik atau gajet. Namun, secara peribadinya saya kurang setuju anak-anak cuma tahu bermain permainan seperti ini sahaja. Pada usia mereka yang masih mentah, fikiran mereka masih boleh diolah supaya menyukai permainan secara manual tanpa sebarang gajet.

Zaman kanak-kanak saya sendiri, semua permainan jenis ‘indoor game’ sudah dicuba. Jiwa saya lebih menyukai karom berbanding permainan yang lain.

Anak-anak saya sendiri sebelum ini seperti anak-anak sahabat yang lain juga. Setiap seorang diberikan sebuah tablet biasa untuk kemudahan mereka bermain sambil belajar secara elektronik. Namun, saya mendapati pembahagian penggunaan gajet tersebut tidak seimbang dan lebih berat kepada bermain berbanding belajar.

Akhirnya, saya dan isteri membuat keputusan untuk menghentikan kemudahan tersebut. Pada mulanya, anak-anak memang mcam cacing kepanasan. Ada yang merajuk dan tidak kurang yang curi-curi menggunakan telefon isteri  saya untuk bermain ‘game’. Saya akui memang saya kasihan melihat keadaan mereka, namun itu sahaja cara yang boleh mengawal ketagihan gajet anak-anak.

Lama-kelamaan, keadaan berubah dan anak-anak sudah biasa dengan ketiadaan gajet. Saya dan isteri mencari alternatif lain untuk mengalih perhatian mereka. Kami sering membawa anak-anak ke taman permainan, berjoging dan membiarkan mereka aktif bersukan taekwondo.

Saya tahu, ada segelintir kawan-kawan anak saya membawa gajet ke sekolah. Saya pun agak terkejut kerana tiada pemantauan dari ibu bapa  atau penjaga mereka. Saya cuma menasihati anak saya supaya berpesan kepada kawannya di sekolah agar tidak membawa sebarang gajet semasa bersekolah.

Saya mendedahkan anak-anak dengan permainan yang lebih baik. Walaupun permainan seperti  Chess, Monopoly, Sahiba dan beberapa permainan ‘indoor games’ yang lain agak klasik, namun ia lebih berkesan untuk mendidik anak-anak.

Permainan Monopoly Untuk Kanak-Kanak
Anak-anak belajar mengira dan membuat keputusan pantas.

Jika diambil positifnya, permainan seperti itu akan menguji anak-anak berfikir, mengira pantas dan cepat membuat keputusan.

Anak-anak bebas dari radiasi gajet dan bil elektrik juga boleh dijimatkan.

Nanti saya kongsikan lagi perkembangan mereka dengan permainan indoor tersebut.

Follow my blog with Bloglovin

Categories
Pendidikan

Kursus Aplikasi Drone Anjuran I-KPKT dan BIP Studio Di INTAN Sabah

Alhamdulillah, selesai sudah menghadiri “Kursus Aplikasi Drone Bagi Meningkatkan Keberhasilan Tinjauan Dan Pemantauan Yang Efektif” anjuran Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) selama tiga hari di INTAN, Sabah. Kursus yang amat berbaloi disertai kerana ianya jarang ada.

Selama ini memang tertarik juga dengan gajet yang boleh terbang atau popularnya dikenali sebagai “drone”. Cuma tidak berkesempatan untuk cuba menerbangkannya sendiri.  Sebelum ini, banyak faktor yang sering bermain di fikiran bila melihat rakan-rakan menerbangkan “drone”. Sudah pasti harga yang mahal dan kemahiran mengendalikannya juga menjadi keutamaan sebagai seorang ‘pilot’.

Di negara luar “drone” ini lebih dikenali sebagai “Unmanned Aerial Vehicle (UAV)”

Categories
Pendidikan

Pertama Kali Mendaftar Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Awal bulan lepas heboh para ibu bapa yang belum mendaftar nama anak-anak yang bakal bersekolah Tahun 1 bagi ambilan sesi 2018 dan 2019. Permohonan tersebut dibuka bermula 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.

Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)

Bagi yang sudah mendaftar anak sudah pasti tahu bagi mana cara proses pendaftaran dalam talian dibuat.

Manakala, pengguna kali pertama perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu untuk mengakses SPS – Sistem Pengurusan Sekolah.

Categories
Pendidikan

Cara Daftar Dan Guna Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Kad Berfungsi 3 Dalam 1 

3 Fungsi Utama KADS1M
3 Fungsi Utama KADS1M

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Kad yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat ini yang boleh digunakan sebagai Kad Debit, Kad ATM dan Kad Diskaun. 

Categories
Pendidikan

Cara Kreatif Bantu Anak Siapkan Kerja Sekolah

Anak-anak memang suka buat ‘pening kepala’.

Tapi tidak mengapa kerana pengalaman lalu banyak mengajar erti kehidupan kepada saya. Kekurangan yang pernah dilalui semasa masih kecil memberi kelebihan kepada saya pada masa ini.

Lupa Siapkan Kerja Sekolah

Anak-anak masing-masing ada karenahnya. Minggu lepas, Mikail memberitahu cikgu pendidikan seninya memberikan tugasan kerja sekolah untuk membuat topeng.

Kerja sekolahnya perlu disiapkan segera.

Dia teringat kerja sekolah tersebut beberapa minit sebelum tidur. Maka, gelisahlah dia dan risau jika topeng tersebut tidak dapat disiapkan menjelang petang esok (sekolah sesi petang).

Categories
Pendidikan

Anggaran Kos Yuran Pendaftaran Murid Sekolah Rendah 2017

Sesi persekolahan untuk tahun 2016 bakal berakhir beberapa minggu lagi. Ini bermakna bermulalah episod baru sesi persekolahan bagi tahun 2017 untuk 2 bulan akan datang.

Seperti pada kebiasaannya, setiap penghujung semester kedua pihak sekolah akan memaklumkan para ibubapa dan penjaga yuran yang akan dibayar untuk sesi persekolahan tahun seterusnya.

Tahun 2017, tiga orang anak saya akan bersekolah di sekolah rendah. Menurut jumlah yuran yang perlu dibayar, secara puratanya hampir RM200 seorang. Mujurlah anak-anak bersekolah di sekolah kebangsaan. Kosnya masih mampu dibayar.

Categories
Pendidikan

Buku Percuma, Anak-Anak Seronok Bersekolah Semula

Bantuan Buku Dan Alat Tulis Percuma Kerajaan Negeri Sabah

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas usaha meringankan beban para ibu bapa ketika waktu sesi permulaan sekolah.

Selain alat tulis dan buku, anak-anak ada menerima pakaian seragam sekolah (sekolah di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Ahama Islam Negeri Sabah JHEAINS).

Anak-anak bertambah teruja untuk bersekolah semula selepas lama bercuti.

Gambar Anak-Anak Ke Sekolah

Tahun 2016, anak-anak semakin membesar. Amyra kini Darjah 4, Mikail pula baru memasuki alam sekolah rendah Darjah 1, Hannah pula masih Pra-Sekolah 6 tahun dan Nufail pula masih belum cukup umur dan menjadi peneman ibu mereka menghantar kakak dan abangnya.

Rancangan kami untuk menghantarnya ke Taska Permata namun tiada kekosongan.

Nufail walaupun baru masuk 3 tahun sangat suka untuk bersekolah. ABC, 123 sudah menjadi siulan di bibirnya. Dia petah berkata-kata dan tidak sepadan dengan usianya.

Categories
Pendidikan

Kenapa Ayam Berbulu Hitam?

Cara Kenal Ayam Jantan Dan Ayam Betina

Semasa di Pasar Tamu Pekan Tuaran tadi, anak-anak hairan dan bertanya kenapa ayam berbulu hitam dan bukan putih macam dalam cerita kartun di TV.

Paling sadis anak yang paling bongsu Nufail memanggil ayam tu itik.

Anak-anak perlu diajar mengenal haiwan. Dengan adanya buku-buku dan paling terbaru Flash Card 4D, masalah mengenal haiwan ini dapat dikurangkan.

Anak-anak paling mudah mengenal ayam jika berkunjung ke KFC, kalau ada KFC adalah Ayam. KFC dan ayam sudah sinonim dengan anak-anak.

Categories
Pendidikan

Apa Harus Anda Lakukan Semasa Berlaku Gempa Bumi?

Earthquake Drill

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan

  • Duduk di dalam bangunan
  • Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
  • Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.
  • Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
  • Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.
  • Gerakan berbentuk gelombang boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
  • Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada bahan yang jatuh dan serpihan kaca.
  • Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api di sebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

Duck Cover Hold / Drop Cover Hold

Duck Cover Hold

  • Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
  • Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain dan keadaan yang masih bergoncang.

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Yang Tinggi

  • Berlindung menggunakan duck, cover and hold, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
  • Jangan gunakan lif
  • Patuhi prosedur pengungsian bangunan.

Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Dekat Bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu atau rapat ke struktur bangunan untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan barangan lain yang jatuh.

Sekiranya Anda di dalam Kereta yang Bergerak

  • Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai.
  • Walaubagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda
  • Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik.
  • Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar lektrik yang terendam atau laluan jalan rosak atau berlubang-lubang.

 Apa Anda Harus Lakukan Selepas gempa Bumi?

  1. Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti kerosakan mungkin berlaku dan mungkin ada yang cedera.
  2. Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan.
  3. Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
  4. Jika anda terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh.
  5. Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian.
  6. Tutup paip utama jika kebocoran telah berlaku.
  7. Jangan sentuh pendawaian lektrik yang terendam dalam air atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
  8. Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada terhadap objek-objek yang jatuh.
  9. Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan dan lain-lain bahan yang berpotensi membahayakan.
  10. Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca yang telah remuk.
  11. Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah).
  12. Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya
  13. Hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan khabar-khabar angin.
  14. Bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat
  15. Untuk sementara, jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan.
  16. Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
  17. Cuba bawa bertenang dan membantu kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma akibat gempa bumi.

Kredit: penerangan.gov.my

Categories
Pendidikan

Terjemah Tulisan Rumi Ke Jawi Dengan Mudah Secara Online

Tulisan Jawi Kanak-Kanak

– Tulisan jawi Amyra (Darjah 3)

Salam sejahtera.

Apa sahaja yang kita mahir jika jarang dibuat pasti akan luntur jua kemahiran tersebut. Begitu juga dengan kemahiran membaca tulisan jawi yang semasa sekolah dulu-dulu memang lancar dan fasih.

Namun sekarang bila anak-anak bertanya mengenai tulisan jawi samaada menulis atau membacanya umpama kanak-kanak tabika yang baru mengenal huruf. Setelah melatih semula membaca dan menulis jawi, sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari di sekolah dulu berjaya dikembalikan semula.

Bagi yang mengalami kemusykilan dalam tulisan jawi dan memerlukan terjemahan rumi ke jawi atau sebaliknya, bolehlah merujuk pada laman web terjemahan berikut;