Categories
Permotoran

Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan SCRUT.my

Beberapa hari lepas heboh dan tular mengenai cara menilai kenderaan lelong dari Jepun dengan SCRUT. Saya sendiri cukup teruja dan sedikit cuak untuk tahu keadaan sebenar kereta Toyota Wish kondisi ‘recond’ yang saya beli 2 tahun lepas.

Saya sebenarnya sudah tahu mengenai perkara ini namun menggunakan laman web ‘True Report‘ dan bayaran menggunakan kad kredit atau Paypal.

Contoh laporan dari True Report.

Memandangkan SCRUT boleh dibayar dengan kad debit biasa dalam Ringgit Malaysia, saya pun buat carian menggunakan no. chasis kereta dan ada rekod dipaparkan. Walaupun sudah ‘terbeli’ awal daripada tahu mengenai info begini, saya teruskan sahaja.

Bayaran untuk maklumat terperinci dari SCRUT adalah RM50 dan amat berbaloi untuk bakal pembeli baru daripada manipulasi pihak pengedar kenderaan terpakai.

Jadi inilah respon pantas dari pihak SCRUT.

Laporan SCRUT
Inilah maklumat kenderaan yang saya beli.

Merujuk kepada laporan yang diberikan, maklumat adalah 90% sama dengan keadaan sebenar kenderaan semasa dibeli.

Kenapa 90%? Ianya kerana grill depan chrome dipasang dari model X (bukan chrome) dan saya beranggapan ianya kesilapan semasa restoration memandangkan banyak model kereta yang sama di tempat pengedar.

Biasanya, pihak pengedar akan ‘adjust’ kilometer supaya nampak penggunaan yang rendah namun pembeli ditipu tanpa sedar.

Selain itu, keadaan sebenar dari segi keadaan kenderaan seperti kerosakan, gred kereta, harga semasa lelong dan gambar semasa di lelong juga ada disertakan. Memang puas hati.

Contoh Report SCRUT

Agak menyedihkan kerana kereta saya adalah Gred 3 ( kondisi sederhana dan perlu dibaikpulih samaada pernah kemalangan atau kerosakan enjin). Tetapi perbatuan kilometernya tepat masa diterima dalam 16 ribu lebih KM.

Anggapan saya, perbatuan rendah mungkin lepas kemalangan ianya tidak gunakan sehingga dibaikpulih untuk lelongan.

Perkara dah berlalu terpaksa terima sahajalah. Tiada ilmu sebelum membeli.

Kereta saya semasa lelongan.
Pandangan belakang dan sisi.

Memang betullah kalau kita hendak membeli kena tahu asal-usulnya. Kenderaan terpakai pasti ada sejarahnya. Baik sejarah hitam mahupun putih.

Namun sepanjang 2 tahun penggunaan tiada masalah major berlaku dan saya amat berpuas hati.

Kereta masih dalam keadaan ‘Tip-Top’ setelah beberapa kali merentas kepulauan Borneo dari Sabah Ke Sarawak.

Oh ya, saya membeli kereta ini dari pengedar Anak Sabah Motor.

Categories
Blog Permotoran

Pengalaman Servis Kereta Sedut Minyak Hitam Dari Atas

Minggu lepas saya menghantar kereta di bengkel untuk servis biasa. Jadi saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan menukar minyak enjin atau minyak hitam kereta.

Memang menukar minyak hitam kereta adalah suatu yang  biasa, namun cara menukarnya mungkin membuatkan kita terkejut dan menggangap ia luar biasa.

Saya sudah berkereta selama hampir 10 tahun dan ini adalah kali kedua saya menggunakan servis sedutan minyak hitam. Ya, sedutan dari atas melalui lubang ‘deepstick’ enjin kereta.

Sebelum ini saya pernah sekali menggunakan cara sedutan minyak hitam dari atas semasa menukar minyak hitam kereta Proton Waja saya. Agak lama perkara ini berlalu dan minggu lepas saya menggunakan kaedah sedutan juga untuk kenderaan MPV pula.

Pada mulanya, saya tidak berapa setuju menggunakan kaeedah ini kerana ia agak baru bagi saya dan mungkin banyak kesan sampingan yang tidak diketahui. Sebelum kereta ditukar minyak hitam, sempat juga mencari maklumat mengenai kaedah ini di enjin carian Google. Tiada impak negetif dari pembacaan tersebut.

Selain itu, selepas mendengar penerangan dari pihak bengkel ternyata kaedah sedutan minyak hitam dari atas setanding dengan membuang minyak hitam dari bawah (buka nut oil sump) iaitu kaedah konvensional.

Sedut Minyak Hitam Kereta Dari Atas

Sedut Minyak Enjin Kereta

Satu perkara yang menarik mengenai kaedah sedutan ini, kita boleh melihat jumlah minyak yang disedut dari enjin kenderaan. Ternyata jumlah yang disedut hampir sama dengan nilai segelen minyak dari jenis  Liqui Moly Top Tec 4100 5W40 ( 4L ) yang digunakan sebelum ini. Nampak segala kotoran yang disedut keluar dari enjin.

Hampir 10 minit sedutan pertama dibuat, kemudian sedutan kedua pun mengulangi langkah yang pertama tadi. Ternyata, sedutan kedua masih ada sisa minyak yang disedut selepas berhenti seketika selepas sedutan pertama. Selepas proses sedutan minyak selesai, penapis minyak ditukar dan dikunci semula.

Saya menggunakan minyak pelincir dari jenis Liqui Moly Molygen New Generation 5W40 (4L) Fully Synthetic. Selepas hampir seminggu selepas menukar minyak hitam, prestasi kereta amat baik.

Sedut Minyak Enjin Kereta 2

Saya amat berpuas hati dan rakan-rakan boleh mencubanya.

Categories
Permotoran

Laluan Terdekat Dari Roban Ke Asajaya Sarawak

Lama sudah ingin menyambung entri balik kampung yang lepas. Sebagai sambungannya saya kongsikan perjalanan terdekat dari Roban ke Kampung Moyan Laut Asajaya.

Selain itu, jalan ini anda  boleh juga guna untuk terus ke Kota Samarahan dan Kuching. Terdapat tiga pilihan jalan utama yang boleh digunakan.

  1. Jalan pesisir laut (menggunakan feri) – 184 km
  2. Jalan Simunjan – 307 km
  3. Jalan Serian – 315 km

Beberapa aspek diambil kira semasa membuat keputusan jalan yang akan dilalui. Di antaranya adalah;

Categories
Permotoran

Jalan Darat Sabah ke Sarawak (Tuaran Ke Roban)

Alhamdulillah..

Misi balik kampung beraya melalui Jalan Darat Sabah ke Sarawak dan kemudian ke Sabah semula sudah dilalui dengan selamat dan segalanya dipermudahkan.

Sebelum ini 2012 kami juga pernah melalui jalan darat balik beraya dari Tuaran Sabah ke Kuching Sarawak.

Berikut saya kongsikan sedikit info perjalanan kami untuk rujukan anda. Corak pemanduan saya adalah ‘slow and steady’ tambahan ada bawa anak kecil (Baby Zea).  Tidak perlu tergesa-gesa kerana semuanya sudah dirancang sebaiknya.

Categories
Permotoran

Cara Memohon/Membeli/Menempah Nombor Pendaftaran Kenderaan JPJ

Entri kali ini masih berkait rapat dengan entri sebelum ini iaitu enti berkaitan NCD Insuran Kenderaan.

Urusan ini anda boleh buat sendiri dengan mengunjungi Pejabat JPJ berhampiran anda. Jika tiada masa, pihak runner boleh uruskan namun cas tambahan RM50 ke atas akan dikenakan. Pilihan di tangan anda.

Nombor pendaftaran kenderaan terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) anda boleh rujuk di sini.

Jika berminat untuk membuat tempahan nombor pendaftaran kenderaan JPJ sila sediakan 10 nombor pilihan, manalah tahu nombor yang anda mahukan sudah didaftarkan atas nama individu lain.

Categories
Permotoran

Pengalaman Pindah NCD Insuran Kereta Lama Ke Kereta Baru

Baru-baru ini saya sendiri menguruskan perpindahan nilai NCD (Non Claim Discount) insuran kereta lama ke kereta baru.

Pada permulaannya, saya menyerahkan segala urusan kepada ‘dealer’ kereta kerana mereka tawarkan dalam pakej pembelian kereta baru.

Namun, proses perpindahan NCD tersebut tidak dapat diteruskan.

Categories
Permotoran

Brake Pad Kevlar Untuk Motorsikal Honda Wave Dash 110

Brake Pad Motorsikal Honda Wave Dash 110

Hendak dikatakan pandai tu tak juga, sebelum ini saya pernah juga menukar sendiri brake pad untuk motorsikal Yamaha SS2 saya pada zaman belajar dulu-dulu. Jadi untuk menukar sendiri brake pad bagi saya tidaklah sesukar mana. Kena yakin pada diri saja.

Pada usia motorsikal kapcai saya Honda Wave Dash 110 saya yang melepasi 2 tahun, inilah kali pertama saya menukar sendiri brake pad untuk  brek depan (disc brake) motorsikal saya. Semasa membrek, cengkaman brek tidak sempurna dan timbul bunyi yang tidak enak didengar telinga.

Saya periksa..

Categories
Permotoran

Denso Ignition Coil Untuk Proton Waja Enjin Mitsubishi 4G18

Denso Ignition Coil Proton Waja 4G18 (2)

Salam sejahtera. Sekali lagi saya hendak berkongsi kisah suka duka dengan kereta Proton Waja. Kereta yang lama berjasa dan banyak menyimpan kenangan bersama dan ‘sentimental value’nya tinggi.

Dua minggu lepas saya menghantar kereta ke ‘Proton Service Centre’ di Sadong Jaya. Tujuannya hanya untuk ‘tuning’ enjin sahaja. Selepas selesai , techician bertugas memberitahu enjin ada ‘jerking’. Saya yang tidak tahu pasal enjin bertanya apa yang dimaksudkan mengenai masalah itu. Dia memberitahu, ada kemungkinan ‘ignition coil‘ mengalami kerosakan dan enjin akan ‘tersedu-sedu’.

Saya memang perasan masalah ‘jerking’ yang dimaksudkannya sejak akhir-akhir ini. Cuma menganggap mungkin masalah palam pencucuh dan tuning enjin sahaja.

Untuk membuat ujian, ignition coil baru dipasang pada enjin dan technician tersebut segera membuat pandu uji. Memang sah ignition coil lama ada masalah. Namun ia belum rosak sepenuhnya dan masih boleh digunakan untuk jangka masa pendek.

Categories
Permotoran

Motor Wiper Baru Untuk Proton Waja (Lucas)

Proton Waja Wiper Motor (2)

Sebelum ini, saya ada kongsikan kisah Wiper Kereta Proton Waja saya yang rosak. Pernah juga mencuba untuk membaikpulih motor wiper tersebut, namun tidak berjaya.

Memandangkan sesi persekolahan anak-anak akan bermula, saya telah menukarkan motor wiper tersebut untuk memudahkan isteri menggunakan kereta untuk menhantar dan menjemput anak bersekolah.

Motor wiper yang lama belum rosak sepenuhnya. Cuma ada masanya wiper tak berfungsi. Memang ikut nasiblah jika wiper tak berfungsi ketika hujan. Memang agak sukar memandu terutamanya ketika hujan dan waktu malam.

Saya ada mencari stok motor wiper ini di beberapa tempat menjual ‘auto part’ di sekitar Kota Kinabalu. Cuma Wiper Motor jenama Lucas sahaja yang ada. Motor Wiper jenama Lucas ini berharga RM165 dan boleh dipasang sendiri (plug & play).

Jika hendak memasang sendiri, kena cukup peralatan kerana ada bahagian yang sukar dibuka terutama bahagian yang bersambung dengan wiper link, ianya sempit.

Proton Waja Wiper Motor (1)

Motor wiper lama yang sudah dibuka.

Categories
Kesihatan Permotoran

Halau Lipas dan Semut Dalam Kereta

Halau Lipas dan Semut Dalam Kereta

Usia kereta sudah menjangkau belasan tahun. Mungkin faktor usia dan kebersihan, masalah serangga di dalam kereta mula kelihatan.

Saya perasan sejak akhir-akhir ini, semut dan lipas kecil sering berkeliaran di dalam kereta. Saya hantar kereta untuk dicuci dan vakum, namun masalah ini tidak selesai.

Saya rujuk beberapa artikel di blog/internet mengenai petua terutamanya cara menghalau lipas dan semut. Antaranya adalah menggunakan sabun wangi, daun pandan, kapur barus, lemon, timun dan banyak lagi.

Saya cuba dan hasilnya kurang memuaskan.

Sheildtox Outdoor

Akhir sekali, saya cuba penyembur serangga Sheildtox Outdoor, kira guna cara modenlah. Hasilnya pula memuaskan. Saya lakukan proses menghalau serengga ini pada sebelah tengah hari dalam cuaca yang panas. Akibat geram sangat dengan serangga ni, hampir habis sebotol penyembur ni digunakan.

Mula-mula saya sembur di dalam kereta termasuk bawah karpet dan celah-celah yang kecil. Selepas itu, saya tutup pintu kereta sekejap dalam 5 minit dan kemudian buka semula.

Memang terkejut bila melihat puluhan lipas mula merangkak keluar dari kereta. Keluar jer, terus dibunuh dengan kejamnya. Hahaha..

Jadi, sekarang dah tak nampak lipas lagi. Kalau semut tu memang susah nak elak, anak-anak sering tertumpahkan minuman, makanan dan tertinggalkan gula-gula dalam kereta.

Petua lain yang boleh dicuba untuk mengelakkan pembiakan lipas selain kebersihan adalah tempat meletak kereta. Tempat letak kereta yang lembap juga akan mengundang pembiakan serangga ini.

Selamat menghalau lipas dan semut ya!