Categories
Umum

Cukup Bersedia Untuk Bersara?

Walaupun rasa persaraan masih jauh lagi tetapi sebaiknya sediakan payung sebelum hujan.

Namun kita boleh ubah sedikit pepatah itu, simpan emas sebelum kecewa.

Boleh jadikan simpanan emas sebagai simpanan kegunaan ketika usia senja. Memandangkan ia adalah bersifat jangka masa panjang.

Mungkin ada yang berfikir, harga emas mahal dan tidak mampu untuk membeli apatah lagi untuk mengumpul emas.

Secara fitrahnya, ketulan berkilauan yang tidak boleh dimusnahkan ini ‘Tidak Pernah Murah’!

Jadi, untuk menentukan mahal atau murah emas, kita kena beli dan jadikan ia sebagai penanda aras harganya.

Simpan emas untuk persediaan usia emas!

Cukup Bersedia Untuk Bersara

>> http://pg10.wasap.my
>> http://pg10.wasap.my

Categories
Umum

Pasport Malaysia Terhad ke Brunei

Misi Merentas Kepulauan Borneo : Kota Kinabalu ke Kuching

Hujung minggu ini kami sekeluarga akan bergerak balik kampung dari Kota Kinabalu ke Kuching. Perjalanan yang jauh dengan jalan darat menaiki kereta.

Sebelum ini tahun 2012 kami pernah balik kampung beraya dengan kereta juga. Jadi tidak menjadi masalah terutama dari segi laluan di Brunei. Cuma ada beberapa jalan baru yang perlu dilalui di Brunei. Kebetulan semasa bertugas pilihanraya Sarawak yang lepas, jalan tersebut belum siap dan tidak sempat melaluinya.

Cuma masalah yang timbul adalah soal imigresen sahaja. Saya sendiri memiliki pasport antarabangsa (pasport merah) manakala isteri dan anak-anak cuma ada Pasport Terhad ke Brunei (pasport biru) yang hampir tamat tempoh sahnya.

Bayaran Pasport Malaysia Terhad ke Brunei

Jadi minggu lepas kami memperbaharui pasport tersebut. Bayarannya cuma RM50.00 sahaja samaada memperbaharui ataupun permohonan baru.

Categories
Umum

Selamat Tahun Baru 2017

Tahun 2016 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pelbagai kisah suka dan duka telah berlaku sepanjang tahun lalu. Tugasan yang masih belum siap perlu disiapkan dengan segera.

Tahun 2017 pula menjelma. Agak singkat rasanya tahun 2016. Mungkin sibuk bekerja dan hampir tiada masa untuk bersama rakan-rakan pembaca blog ini. Sebenarnya banyak kisah menarik yang ingin dikongsikan. Kesuntukan masa dan kekangan peluang untuk berblog.

Mungkin ada yang mengikuti saya melalui Facebook atau Instagram. Itulah antara medium paling ringkas dan senang untuk saya kongsikan kisah secara cepat.

Tahun 2017, saya berazam untuk kembali menulis seperti dulu. Mungkin tahap kekerapannya tidak seperti sebelumnya, namun kehadiran artikel mahupun cerita baru saya akan kongsikan kepada anda.

Categories
Umum

Bil Dalam Talian SESCO Yang Pertama

Bil Online SESCO

Rentetan entri lepas impian memiliki rumah sendiri tercapai, hari ini saya menerima bil pertama dari pihak utiliti elektrik SESCO. Jumlahnya cuma RM5.00 sahaja. Saya cuma menggunakan bekalan elektrik sekejap sahaja semasa kerja membersihkan rumah selepas menerima kunci sebelum balik semula ke Kota Kinabalu.

Bagi saya, membayar bil secara bulanan adalah satu kewajipan. Oleh itu, bil utiliti seperti bekalan elektrik dan bil air perlu diterima bagi mengetahui jumlahnya. Memandangkan saya berada di Sabah dan rumah di Sarawak, perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh pihak PaybillMalaysia dan Paybills Sarawak amat membantu.

Rakan-rakan perlu menjadi ahli web tersebut dan isi segala keperluan/maklumat bil yang diminta. Cukup mudah dan ringkas.

Jadi tiada alasan tidak menerima bil dan mengelak bekalan eletrik atau air dipotong.

Categories
Umum

Memasang CyanogenMod Untuk Telefon Samsung Galaxy S III

CynogenMod Samsung Galaxy  S3

Selepas projek menukar ‘Power Button’ telefon minggu lepas, kali ini saya membuat perubahan besar kepada telefon bimbit saya.

Telefon Samsung Galaxy S3 saya sudah menunjukkan sifat ‘tua’nya selepas 2 tahun lebih berkhidmat dengan cemerlang. Telefon saya sering mengalami masalah sistem seperti process failed mengakibatkan SMS gagal dibuka, Whatsapp corrupted, camera gagal berfungsi dan beberapa masalah lain.

Sudah beberapa kali saya reset kepada ‘factory setting’. Tidak lama selepas itu masalah pada sistem operasinya akan bermasalah lagi.

Setelah merujuk beberapa forum pengguna android, akhirnya saya ambil keputusan untuk memasang CyanogenMod sebagai sistem operasi android yang baru pada telefon saya.

Categories
Umum

Tukar Sendiri Power Button Samsung Galaxy S3 Yang Rosak

Tukar Power Button Samsung S3 (2)

Dengan usia telefon Samsung s3 (i9300) mencecah 3 tahun, masalah kedua yang saya hadapi adalah ‘power buton’ yang rosak. Butang tersebut ‘tenggelam’ dan sukar untuk ditekan.

Setelah melihat video Youtube, saya mencari komponen butang tersebut di mudah.my, lelong dan beberapa laman web tempatan. Namun tidak berhasil menjumpai apa yang dihajati.

Akhirnya saya membuat pilihan untuk mencari di laman web Ebay dan menjumpainya iklan Blue Power Volume Home Button Set Replacement Part For Samsung Galaxy S3/i9300 dan membelinya dengan harga $1.99 (RM7.32)

Categories
Umum

Membaiki Remote TV Samsung Rosak

Remote TV Samsung Rosak

Sudah menjadi lumrah rumah ada anak kecil, semua yang dipegangnya semua menjadi mainan. Begitulah nasib alat kawalan jauh/remote tv samsung yang ada di rumah kami.

Pada kali ini, remote tv menjadi ‘gila’ kerana tanpa ditekan, boleh berubah menu dan ‘indicator led’ sentiasa berkelip. Keadaan remote tv ni biasa sahaja. Cuma ada kesan gigitan yang tidak dikenali.

Setelah casing remote dibuka, sudah kelihatan kesan air yang disyaki air liur melekat pada papan litar remote. Saya agak,  Nufail menggigit remote ini.

Setelah kesan air dikeringkan, saya cuba dengan memasang semula casing dan meletakkan bateri.

Alhamdulillah, remote kembali berfungsi semula.

Remote TV ini jarang sudah digunakan memandangkan tv dikawal menggunakan remote ASTRO sepenuhnya.

Categories
Umum

Pengalaman Kali Pertama Membeli Di Lazada Malaysia

Pembelian Di Lazada

Mungkin anda pernah membeli barangan secara dalam talian di Lazada. Bagi saya, inilah pengalaman pertama saya dengan Lazada. Sebelum ini saya pernah membeli di Lelong, Mudah, Rakuten dan beberapa laman pembelian dalam talian.

Pembelian pertama di Lazada, saya membeli jam tangan Casio Edifice EF-132PB-1A2 Men’s Watch Black & Blue  diskaun 53%. Sebelum membuat pembelian, saya merujuk beberapa kedai online dan kedai jam di Kota Kinabalu. Sememangnya tawaran yang diberikan oleh Lazada memang terbaik.

Categories
Umum

Cara Set Remote Astro B.Yond Jadi Remote TV

image

Posted from Samsung S3

Rujukan lanjut: Manual Beyond

Categories
Umum

Alamat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri

Jawatan-Kosong-Jabatan-Kemajuan-Masyarakat-KEMAS

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
Aras 5 – 9, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8891 2000

 

PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI PERLIS
Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan Lama
01000 Kangar
Perlis, MALAYSIA
Tel: 04 – 976 1023
Faks : 04 – 976 3772

 

PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI KEDAH
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Pusat Pentadbiran Kerajaan
06550 Bandar Muadzam Shah
Anak Bukit, Kedah Darul Aman
No.Tel : 04-7322966
No. Faks : 04-7324075