Cepatnya Masa Berlalu, Anak-Anak Kian Membesar

Salam sejahtera rakan semua,

Lihat sahaja ‘gambar comel’ permata hatiku. Hati yang gundah menjadi ceria. Merekalah pengubat laraku.

Tak terasa mereka dah kian membesar.

Amyra menghampiri 5 tahun, Mikail pula 2 tahun dan Hannah akan berusia 1 tahun bulan April tahun ni.

Pada usia begini, ‘kenakalan’ mereka amat menguji kesabaran aku dan isteri. Kadang-kadang terlanjur juga jari ini mencubit dan berlaku penyesalan pada kami selepas melihat anak-anak menangis.

Aku berdoa, agar anak-anakku sentiasa mendapat keberkatan hidup dan dikurniakan kepandaian.

Tiba masanya aku dan isteri ‘mencorak’ mereka seperti apa yang telah kami rancang.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Amin..

25 Comments on “Cepatnya Masa Berlalu, Anak-Anak Kian Membesar”

  1. Nak mengasuh dan mendidik si kecil bukannya mudh kan.. Jai pun x tau lagi kehidupan jai macmna.. Walaupun sikecil nakal, tapi merekalah segalanya dalam hidup.. Time balik kje penat2, tengok telatah anak2, hilang segala penat..

      1. Seronoknya tengok org ada anak2.. Nanti Jai dpt anak, blog Jai pun nak hias jugak cite anak2..he3

  2. Mau tak cepatnya bro.. diam tak diam next year masuk 15 tahun aku kat KK. Rasa mcm baru semalam.. Ehh si Mikail tu rupanya sebaya dgn anak kawe si Roq. Tapi Roq punya rambut bapa dia asyik cantas je mcm Rio Ferdinand. 😀

  3. sy pun hampir tak perasan bahawa sy sudah dewasa..dulu kanak2 aje..hehe..cpt sungguh msa berlalu..

  4. hehehe.. comel2 anak2 itew. .geram lak tengokan.. rasa nak gentel2 jerk. .hahha

    kan best gak kalau anak2 maintain cute, comel dan kecik macam tu jer..

    tapi itu tak mungkin berlaku.. jadinya kena simpan stok budak2 kecik kat rumahlah gamaknya… ahaks.. tak gitu abg mus?!

  5. terlanjur cubit garang gak bro ni hee..suri sslu marah2 jer bgtu..dan say no..no..no.. jer kat dia..

    klu suami sslu topok punggung dia huu..

  6. Bayangkanlah dulu anak-anak ini didalam kendongan kita kini tidak mampu lagi untuk dikendong. Memangcepat sekali mereka ini membesar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.