Di Sebalik Kisah Lahir Tak Cukup Bulan

Syukurlah.. lebat juga hujan petang ini. Hujan turun membasahi bumi.

Masih dalam perasaan bercampur baur. Terkenang saudara jauh nun di Bumi Kenyalang yang nahas dalam kemalangan jalan raya malam tadi. Biarpun bukan seagama dan sebangsa, hubungan kekeluargaan tetap ada.

Pada cuti Gawai bulan 6 lepas, berjumpa ‘mendiang’ di Sibujaya. Dia sibuk meraikan kelahiran anak pra-matang dia yang pertama. Biasalah baru menjadi bapa.

Jika diikutkan kandungan selama 9 bulan, kelahiran anaknya dijangka pada bulan ini.

Kuasa Yang Maha Esa, dia sempat melihat raut wajah anaknya sebelum pergi selama-lamanya.

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Di Sebalik Kisah Lahir Tak Cukup Bulan”

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.