Kalau dikira secara kasar memang hampir sebulan sudah kami mengunjungi kedai dobi layan diri (dobi syiling). Mesin basuh di rumah sudah rosak dan belum dijumpai lagi alat gantinya iaitu “Printed Circuit Board (PCB)”.
Oleh kerana keadaan kewangan yang belum mencukupi, mencuci pakaian di kedai dobi adalah pilihan kami. Kami memilih kedai dobi layan diri (dobi syiling) yang lebih murah berbanding kedai dobi biasa (timbang kilo).
Tempoh mencuci dan mengering mengambil masa kurang dari 1 jam. Kosnya pula bagi mencuci dan mengering sekitar RM11.00 dan bergantung kepada saiz mesin basuh yang dipilih.
Terdapat banyak jenis keupayaan mesin basuh yang ada bergantung kepada kedai. Antaranya 10kg, 11kg, 14kg, 25kg dan 28kg.
Selain mesin basuh layan diri, servis tambahan seperti mesin kerusi urut dan mesin sabun pencuci juga disediakan. Sambil mencuci boleh juga berurut. Jika terlupa membawa sabun pencuci, boleh terus membeli di sini.
Lepas raya baru berfikir untuk membeli mesin basuh yang baru.
Saya sendiri belom pernah cuba tetapi isteri saya pernah mengunakan perkhidmatana layan diri ini. Bagi saya ia adalah satu kemudahan apabila perli makan angin boleh basuh baju tidak perlu tunggu nak basuh baju berlonggok selepas balik dari bercuti.
memang satu kemudahan bagi yang sedang makan angin.. tak perlu bawa banyak pakaian,
selalu kat sini la mudah dapat syiling singgit.
selalu tukaq duit kat kedai dobi nih.
hehe
ada juga yang dah guna token dan kad prepaid
bisnes layan diri dobi ni makin mendapat sambutan masyarakat kita
ya.. biz ni macam cendawan tumbuh selepas hujan
Sambil tunggu siap, bole main game kt henpon.. kikiki
betul tu bro
memang memudahkan kami suri rumah kalau ada masalah dengan mesin basuh, cuci je ke dobi lebih jimat dan pantas.
ya.. alternatif terakhir
Byk kedai dobi layan diri dkt kawasan rmh, tapi blm pernah cuba. Tapi skrg ni sering hujan waktu ptg, mgkn sdh tiba matk mencuba .
waktu hujan memang berguna mesin pengering ni
Encik, nak Tanya lokasi dobi ni mana Nya?
boleh saya tahu lokasi dimana?