Setelah hampir 15 tahun meninggalkan arena seni bela diri Taekwondo, malam ini saya secara rasminya menyertainya semula.
Saya membeli uniform taekwondo (dobok) yang baru, sesuai dengan semangat baru saya untuk menggapai tali pinggang hitam yang sudah lama diidamkan.
Latihan pertama amat memenatkan dan perlu ‘refresh’ semula apa yang pernah dipelajari satu ketika dulu.
Isteri dan anak-anak turut memberi semangat untuk saya bersama-sama mereka ber’taekwondo’.
Oh ya! Uniform taekwondo (dobok) yang saya beli dari jenama Warrior yang bersaiz 190cm dan berharga RM150. Ianya juga boleh dibeli secara dalam talian.
all the best bro! semoga semangat mu tak terpadam 😉
awak taekwondo, lama tinggal.. saya silat..he he. mesti klmj. dulu masa training pernah bergaduh betul2 dgn partner sendiri.
terus guru tengok nampak menarik so dia pilih kami wakil utk bertanding silat seni tempur